Setiausaha Politik Ketua Umum PKR, Abdul Rahman Yusof berkata, hal itu dapat dikesan jika meneliti keseluruhan ucapan yang disampaikannya.
“Jika kita teliti, ucapan beliau dalam Kongres BN kelmarin banyak meniru cara ucapan disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini terutama dari segi kupasan isu berbangkit, madah dan sebagainya.
“Manakala, dakwaan BN mengatakan PR meniru kerjasama terjalin dalam parti komponen mereka disebabkan kebimbangan mereka terhadap kekuatan PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu berkata, kesemua dakwaan itu tidak benar dan ia membuktikan BN semakin ketandusan idea.
“Tidak benar! Kita tidak pernah meniru BN atau UMNO. Kesemua ideologi dalaman PR adalah lahir daripada idea Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Mungkin mereka kini telah ketandusan idea untuk menyerang pihak lawan.
Beliau berkata, tindakan UMNO menangguh pemilihan kepada 18 bulan akan datang menjadi alasan kukuh bahawa parti itu penakut dan tidak layak mempersoalkan mengenai cara pemilihan dan pentadbiran dalaman Pakatan Rakyat (PR).
“Dalam BN, percakaran antara parti komponen mereka lebih teruk berbanding apa yang berlaku dalam PR khususnya PKR. Cuba lihat, kalau dulu kita tiada Kerajaan Negeri, sekarang kita telah memiliki empat Kerajaan Negeri yang bertanding,” katanya.
Ditanya mengenai tumpuan dalam ucapan Pengerusi BN yang lebih memberi penekanan kepada PKR, Abdul Rahman memberitahu ia disebabkan PKR mempunyai kekuatan tersendiri terutama dari segi keanggotaan parti yang berbilang bangsa.
“Mereka bimbang untuk berhadapan dengan ketiga-tiga parti komponen PR sebab itulah mereka juga tidak berani berhadapan dengan kawasan campuran yang mengandungi 60 hingga 70 peratus sahaja penduduk Melayu.
/Sinar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.