Paparan Malaysiakini pada 29hb Disember 2010 tentang kegemilangan Bank Grameen adalah sesuatu yang menarik. Malangnya nama bank tersebut telah pada mulanya melemahkan semangat pembaca seperti saya kerana beranggapan sudah barang tentu bank ini diterajui oleh golongan kapitalissama ada Yahudi atau Nasaro. Tetapi persepsi tadi adalah salah.
Nama Profesor Dr Muhammad Yunus, pengasas dan Pengarah Urusan Bank Grameen, yang mengasaskan bank itu pada 1970-an sudah tentu bukannya dari kelompok dua musuh Allah yang disebut di atas. Kita lebih merasa bangga dengan Profesor ini yang tidak mungkin disamakan dengan ramai profesor kangkung yang terdapat di negara Malaysia Boleh ini seperti ‘Profesor’ Ahmad Atori (Penulis Kamus) dan ‘Profesor’ Nordin Kardi (Penuulis lirik lagu “Anak Kecil Main Api”).
Kedua-dua ‘Profesor’ ini sebenarnya orang bijak tetapi apabila mereka menjadi UMNO,otak dan minda mereka secara automatik menjadi lebih teruk dari otak baghal.
Inilah hakikatnya di negara Malaysia Boleh yang ditadbir oleh parti UMNO pengkhianat agama,bangsa dan negara.
Majoriti ketua-ketua jabatan dalam sektor awam dipastikan oleh UMNO sebagai penyokong mereka. Lalu pentadbiran di sektor awam menjadi caca marba atau tidak cekap kerana kebanyakan ketua-ketua jabatan ini adalah ‘robot’ atau ‘pak pandir’ yang minda mereka terbelenggu dengan fahaman virus UMNO yang mengjengkel dan bersifat membahalolkan penganutnya. Adakah ada mana-mana ‘Profesor Dr Muhammad Yunus’ dikalangan pengikut-pengikut agama bermazhab UMNO? Jawapannya sudah tentu negatif. Apa yang ada ialah Profesor yang berotak menentang apa yang Profesor Dr Muhammad Yunus lakukan. Buktinya ialah kita dapat membaca ‘hansard’ parlimen di mana seorang yang bergelar Doktor Fuad Zarkashi dan seorang lagi Pak Pandir yang bernama Tajudin Abd Rahman telah menentang tindakan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma kepada penduduknya.
Parti UMNO pengkhianat agama,bangsa dan negara ini sentiasa menentang apa jua usaha dan niat kerajaan PR atau sesiapa sahaja yang mahu menolong rakyat. Terbaru ialah tentangan terhadap Buku Jingga (Blue Print PR) yang menggariskan beberapa perkara untuk mensejahterakan kehidupan rakyat dalam masa 100 hari jika dapat memerintah Malaysia. Seorang yang bernama Muhyiddin Yasin tanpa segan silu menentang usaha dan niat murni kerajaan Pakatan Rakyat untuk menaikkan gaji kakitangan awam dimulai dengan tambahan RM500 sebulan kepada para guru. Minda yang baghal pun tidak sudi mengaku keturunannya datang dari otak penganut AGAMA UMNO yang sesat lagi menyesatkan ini.
Profesor Dr Muhammad Yunus telah berjaya menolong dengan begitu banyak sekali penduduk miskin di Bangladesh yang hidup di bawah paras kemiskinan. Sebagai sebuah kerajaan, sepatutnya Bangladesh boleh mengurang kalaupun tidak menghapuskan kemiskinan rakyatnya. Tetapi malangnya Bangladesh diperintah oleh sepupu UMNO yang juga tidak mementingkan kesejahteraan rakyatnya.
Kita percaya jika Profesor Dr Muhammad Yunus ada di atau warganegara Malaysia, sudah tentu UMNO akan menangkap beliau di bawah ISA dan seterusnya menyiksa beliau sehingga jadi gila. SB-SB Polis anjing UMNO dan UMNO sendiri akan melakukan apa saja untuk mensabotaj dan menggagalkan misi dan usaha Dr. Muhammad Yunus. Bukti kepada kenyataan ini terlalu banyak. Lihatlah apa yang berlaku kepada ahli-ahli korporat yang menyokong PAS – semuanya disabotaj dan dipastikan tidak mendapat kontrak.
Inilah dia UMNO yang mengaku memperjuangkan bangsa melayu (kononnya). Lihat pula usaha individu yang membuka pondok-pondok pengajian. Walaupun tidak melibatkan wang rakyat/kerajaan, UMNO tetap menjadi mereka sebagai musuh. Ya, kita sudah pessimis dengan UMNO kerana mereka mempolitikkan semua bidang kehidupan bermula dari tandas hinggalah ke bidang pentadbiran negara. Profesor Dr Muhammad Yunus, walaupun bukan sebuah kerajaan, beliau telah memberi satu suri tauladan yang baik kepada semua manusia di seluruh dunia tentang nilai murni dan akhlak Islam itu sendiri. Manakala UMNO pula, adalah satu entiti yang diselaputi ‘virus zionis’ bertopengkan Islam yang menganngap pemimpin mereka sebagai maksum dan penentang mereka sebagai ‘goyem’.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.