Followers

Monday, December 13, 2010

Isu Liwat 2 :Anwar kelihatan tidak Kental - Oleh: anak_muar


"Kes Liwat 2 yang di hadapi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim berada di peringkat pertengahan.Namun kemungkinan besar beliau ke penjara memandangkan cara pengendalian kes yang mengecewakan serta berat sebelah.Rayuan Anwar selaku tertuduh utama kesemuanya ditolak oleh pihak hakim.Ia telah menyebabkan pihak pembelaan menghadapi kesukaran dalam menghadapi kes ini.

Perbicaraan yang pelik ini telah menarik perhatian pihak dalam dan luar negara yang menyuarakan akan kepincangan perbicaraan tuduhan Liwat 2 terhadap DS Anwar.

Perbicaraan yang sudah banyak kali tertangguh dan ia telah mengundang pelbagai persoalan samada di pihak pro kerajaan dan pihak pro pembangkang.Kedua- duanya saling tuduhan-menuduh kekurangan bukti sebagai alasan menangguh-nangguhkan perbicaraan tersebut.Majoriti rakyat Malaysia mula sudah bosan dengan perbicaraan kes liwat 2 ini berbanding dengan perbicaraan pertama 11 tahun yang lepas.

Namun kita tidak tahu mengapa kes ini selalu ditunda-tunda hingga membosankan pihak umum.Cuma dalam kes kedua ini saya tertumpu pada DS Anwar yang kelihatannya agak kurang kental dan bersemangat dalam menghadapi kes liwat 2 ini.Mungkin faktor umur atau sememangnya beliau malas untuk memberi penumpuan terhadap kes yang dihadapinya walaupun berkemungkinan besar beliau bakal dipenjarakan.

Penyokong pembangkang seperti mula kecewa dengan perkembangan kes liwat 2 ini.Persoalannya mengapa DS Anwar masih mengharapkan pelbagai rayuan dari pihak makamah jika sememangnya ia tidak berpihak kepada beliau.Beliau masih mengharapkan memperolehi bukti atau dokuman dari pihak pendakwa yang sememangnya bersikap berat sebelah dan mencurigakan terhadap permintaan Anwar.Secara peribadi Anwar sememangnya tiada ruang untuk kali ini apabila hampir semuanya permohonan dan rayuan belian ditolak.

Anwar seolah-olah melayan sahaja atau mengikut rentak perbicaraan yang sememangnya tidak akan berpihak kepada beliau.Saham beliau semakin turun dengan kes ini.Jika ia dibiarkan maka PKR-PR dalam bahaya dalam PRU-13.

sumber: tranugkite Online

"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.