Followers

Thursday, December 9, 2010

BERSIH 2.0 minta pengundi berhati-hati dengan sempadanan semula? - Malaysiakini

Ketua BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengingatkan pengundi agar berhati-hati dengan kemungkinan berlaku pemindahan pengundi secara tidak sah apabila Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) membuat persempadanan semula.

-
Mkini Aku taktau nak bereaksi macamana bila baca kenyataan dari ketua BERSIH 2.0 ni.

Nak marah pun ada, nak gelak pun ada. Langsung tak sesuai nasihat tu.

Tak jadi apa kalau setakat nak mengingatkan pengundi agar berhati-hati dengan kemungkinan kesan dari persempadanan semula. Nak berhati-hati tara mana. Kalau dah SPR buat keputusan nak ubah sempadan pilihanraya, apa yang pengundi boleh buat. Sah ka tak sah, pengundi terpaksa terima aja laa..

Kalau takat pi jumpa SPR lepas tu "berkongsi kajian" lepas tu "SPR terkejut" tak jadi apa nya. Pasainya SPR ni bu7kan jenih yang peduli adil ka dak. Depa tak peduli pun pelik atau dak.

Yang depa peduli kalau Umno marah. Kalau Umno marah depa cepat ja ambil tindakan. Macam yang jadi kat SPR Perak beberapa tahun lepas, bila ada Ketua Bahagian Umno mengadu yang Pengarah SPR Perak dilihat "bersimpati" dengan selain Umno terus kena tukar.

Lagi satu yang SPR takut, bila pengundi marah kepada SPR. Kalau setakat sorang dua ja yang marah memang la depa tak rasa apa-apa, tapi kalau berjuta yang marah, tentu depa takut punya.

Kata la, pengundi ramai-ramai pi serbu pejabat SPR negeri-negeri, tentu Pengarah SPR negeri kecut punya. Kalau beratus ribu pi serbu pejabat SPR Purtajaya, tentu pengerusi SPR tak senang duduk.

Tapi, nak buat macamana, BERSIH 2.0 dah rampas kuasa dari BERSIH yang lama. Ketua BERSIH 2.0 tak percaya dengan kuasa demonstrasi. Mungkin kut BERSIH 2.0 ni lebih peduli nasib peniaga yang tak berapa kerat tu dari nasib pengundi seluruh negara yang nakkan pilihanraya yang bersih dan adil.

Cenangau Daunkari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.