Followers

Tuesday, December 28, 2010

Azmin Ali jadi Menteri Besar Selangor 15 Januari 2011 ?

Seorang bakal calon bebas pilihanraya Umum ke 13 tahun 2011 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2011, memberikan maklumat kepada MiLo SuaM tentang desas desus perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang akan dilakukan pada 15 Januari 2011 ini menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setakat ini ReJaM© tidak dapat mengesahkan maklumat ini meskipun ia dikatakan oleh bakal calon yang akan bertanding dengan tiket bebas pada PRU 13.

Apa pun satu lagi maklumat yang diperolehi ialah, Barisan Nasional yang kurang berkeyakinan untuk merampas Negeri Selangor pada Pilihanraya akan datang, akan menggunakan kira-kira 45 NGO untuk bertanding bagi tiket bebas di Negeri Selangor di dalam strategi mereka untuk merampas negeri yang telah berjaya ditakluk oleh Pakatan Rakyat itu.

Calon - calon bebas ini akan digunakan untuk mengganggu undi dan bagi calon-calon bebas yang menang, bakal diarah untuk melompat menjadi katak seperti bapak katak si Ibrahim Ali apabila diperlukan bagi memberikan kemenangan BN di Selangor.

Bukti kewujudan katak-katak belaan Barisan Nasional ini, kini sudah berada di dalam tangan ReJaM©, hanya menunggu masa yang sesuai untuk disiarkan di Blog MiLo SuaM. Peluru emas ini akan ReJaM© gunakan untuk menembak jerung raksasa! Nantikan pendedahan pada saat yang sesuai.

Pada saat itu kita akan lihat bagaimana blogger-blogger UMNGOK bagai cacing kepanasan untuk menutup bangkai gajah dengan tudung saji "made in China".


ReJaM© "Bagi hint dulu... agar mereka menyediakan payung sebelum hujan"



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.