Katanya, jika pemimpin Pakatan sepakat memilih Lim, yang merupakan pemimpin veteran pembangkang, untuk memegang jawatan tersebut, ia tiada menjadi masalah kepadanya.
"Ini akan menjadi keputusan pimpinan Pakatan. Yang saya tidak bersetuju ialah bagaimana isu ini dilaporkan oleh media yang dikuasai Umno, yang memberi gambaran seolah-olah saya pro-Cina.
"Saya ingin bertanya: Mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan, termasuk Lim, hanya
kerana dia seorang Cina?
"Saya tidak boleh menerimanya. Juga, siapa kata kita mengetepikan PAS? Ada perjanjian antara kita. Mungkin (timbalan perdana menteri) boleh datang dari PAS atau Sabah dan Sarawak. Ia bergantung kepada keadaan," tambahnya.
Anwar memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
Isu DAP boleh jadi TPM jangan main2. Ini isu serious. Jangan hanya nak dapat sokongan kaum cina Anwar sanggup keluarkan kenyataaan itu. Cina memang sudah bersama2 Pakatan sebelum ini pun. TGHH tak respon pun kenyataan ini. PAS tak ghairah pun nak bagi TPM kepada Cina. Dalam hal yang seumpama ini orang2 melayu memang sensitif. Saya memang pun penyokong Pakatan, tetapi dalam kes ini saya bantah. Jangan cari penyakit.
ReplyDeleteSaya setuju sangat komen Sdr. Mansor Junus ini, jangan sampai MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI... tapi sejak kebelakang ini..Anwar sudah mulai MEREPEK.. saya pun naik pelik....Anwar harus tegas bahawa jawatan No.1 & No. 2, wajib dikhaskan buat orang2 Melayu PKR ATAU PAS... selain itu kita boleh berikan jawatan2 lain mengikut Quota masing2... Anwar belum tahu penyakitnya kalau diberi muka kepada orang2 bukan Melayu..kelak MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.. tapi apa lah daya kita..seperti saya yang hanya AHLI BIASA.. tak dipandang langsung.
ReplyDeletePerlembagaan tidak pernah menyentuh kemungkinan orang bukan melayu jadi TPM. Tolong sebutkan apakah benda yang apabila sudah sampai ketangan cina orang melayu boleh dapat balik. Isu Penang umpamanya, semasa UMNO menang mejoritiu dulu pun kita tidak boleh ambil balik. Kerusi wakil rakyat pun, apabila sudah berada dalam tangan mereka tak boleh ambil balik lagi. Ini jawatan TPM yang kita perhetungkankan. Jangan sampai terlampau nak pancing sokongan, kuasa pun nak kongsi juga dengan mereka. Baguslah. Orang cina ada duit mereka simpan. Orang melayu ada kuasa pakat2 kongsi. cantikkkk,
ReplyDelete