Orang yang demam panas memang meracau dalam tidor. Panas badan yang terlampau buatkan mata jadi kelabu, otak jadi dungu tinggal mulut saja meracau tak berlagu. Najib bagai tak mampu lagi menyembunyikan ketakutannya berdepan sokongan kuat rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Ucapan Najib jelas menunjukkan kegelabahan BN, kegusaran Umno dalam menghadapi perkembangan terkini sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.
Najib semalam turut menuduh PKR sebagai nepotisme manakala PAS dituduh menjalin kerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara serta anti nasional. Dengan ngomelan ala anak kecil tu, Najib sekali lagi membuktikan bahawa Pakatan Rakyat satu-satunya pihak paling relevan menggantikan Umno.
Terima kasih pada Najib kerana tak dapat sembunyikan lagi rasa cemasnya. Terima kasih juga kerana serangan bertali arusnya pada PKR dan Pakatan Rakyat itu memberi maksud hanya yang terkuat saja ditakuti oleh orang yang lemah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.