Kalau dah hendak sangat, ni ha... ambik kau Zaid !! .. Buatlah parti baru kamu dan jangan lupa pelawa beruk politik yang sebau dengan kamu. Kalau tak cukup fulus, apek ni boleh sponsor.
Menurut Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Zaid bukan dipecat sebaliknya parti bersetuju menerima perletakan jawatan beliau itu.
"Ini bukan kontrak pekerja..ini soal parti maka kami terima perletakan jawatannya serta merta daripada tarikh surat dihantar kepada kami 19 November lalu,"katanya dalam sidang media di ibu pejabatnya hari ini.
"Saya memaklumkan kepada biro politik melalui mesyuarat semalam bahawa ibu pejabat telah menerima surat Zaid pada 19 November jam 10.30 pagi yang memaklumkan hasrat untuk keluar parti.
‘Maka biro politik memutuskan untuk menerima perletakan beliau berkuatkuasa serta merta. Ini bukan kontrak bekerja…ini parti politik. Maka keputusan ini sekaligus memudahkan Zaid mengatur langkah dalam kerjaya politiknya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
sumber : Kerajaan Rakyat
sumber : Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.