Followers

Tuesday, November 23, 2010

SEKAT ANWAR KE LUAR NEGARA SATU KERJA BODOH Oleh: oleh : WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah di dalam Parlimen beberapa orang pengampu Najib meminta Kerajaan membuat undang-undang agar melarang DS Anwar ke luar negara. Kununnya, perbuatan DS Anwar memburuk-burukkan negara di luar sana akan menjejaskan kehadiran para pelabur ke negara ini. Lucu sekali. Semata-mata DS Anwar seorang maka perlu wujud undang-undang? Memang hebat DS Anwar.

Bukankah Najib sebelum ini berkata tiada negara yang sudi mendengar apa jua yang diperkatakan oleh Ketua Pembangkang itu? Dan, beberapa Menteri pengampu Najib pun berkata bahawa cakap DS Anwar sudah tidak laku di luar negara. Jika begitu, mengapa percaya pula bahawa para pelabur tidak akan datang ke Malaysia kerana DS Anwar dibenarkan bebas bercakap di luar negara?

Ini bermakna, apa jua yang diperkatakan oleh DS Anwar berkaitan salah laku, penyelewengan dan rasuah yang berlaku di negara ini diterima oleh mereka di luar sana. Sebab itulah, pemimpin-pemimpin Umno amat takut tembelang parti mereka pecah dan membusuk di luar negara.

Lebih mereka takut apabila kebanyakan pelajar kita di luar negara sudah mula menghormati Ketua Pembangkang ini. Di era IT ini, mereka kadangkala lebih tahu dari rakyat yang berada di dalam negara kita darihal rasuah termasuk beberapa skandal yang cuba disorokkan oleh pemimpin negara. Tidak hairan lagi, mereka lebih arif tentang kisah Altantuya jika dibandingkan dengan rakyat di negara ini terutamanya yang berkitabkan Utusan Malaysia dan berkiblatkan TV 3.

Justeru itu, usahlah Kerajaan bercita-cita untuk melakukan kerja bodoh dengan membuat undang-undang menyekat DS Anwar ke luar negara. Lebih baik buat undang-undang menyekat pemimpin atau Ketua Menteri yang mengumpul harta berbilion ringgit di luar negara kalau pun tidak mahu membuat undang-undang agar menyekat isteri PM atau isteri Menteri-Menteri dari berbelanja di luar negara.

/wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.