
Seorang rakan menghubungi saya hari ini memaklumkan tentang sebuah blog (http://uncleseekers.blogspot.com) yang memaparkan kisah hubungan penulisnya dengan bekas Permaisuri Agung yang juga bekas Tengku Ampuan Selangor.
Rakan saya berkata perkara ini boleh menjejaskan nama baik Istana Selangor. Pada mulanya saya tidak berniat untuk menulis perkara ini dan memberi publisiti kepada blog berkenaan serta penulisnya.
Tetapi apabila mengenangkan rakan saya berkata ianya boleh menjejaskan nama baik Istana Selangor, maka saya kena jelas sekadar kemampuan saya untuk betulkan persepsi tersebut. Ini kerana saya bimbang orang-orang lain pun akan berfikiran begitu.
Ini kerana bila orang teringatkan Siti Aishah, maka mesti orang akan ingatkan Istana Selangor walaupun Aishah bukan dari keluarga Di Raja Selangor. Persepsi inilah yang kena dibetulkan.
Saya telah melihat kelima-lima siri tulisan penulis blog berkenaan. Dia menceritakan kisah hubungan dia dengan Aishah dan gambaran yang diberikannya seolah-olah Aishah yang tergila-gila kepadanya.
Jika mengikut jalan ceritanya, dia menulis perkara berkenaan di blog tersebut seolah-olah dia dendam kepada ayah Aishah (Dato' Seri) kerana tidak suka penulis itu bercinta dengan Aishah.
Tidak diketahuilah oleh saya jika dia mempunyai niat lain yang tersembunyi di sebalik tulisan itu. Bagaimana pun kesahihan cerita tersebut belum dapat disahkan lagi. Walaupun penulis blog itu (Syed Abdullah Al Attas) ada meletakkan gambarnya di blog tersebut, tetapi belum tentu itu dia punya blog. Ini kerana sesiapa pun boleh buka blog dan boleh letak gambar atau nama sesiapa.
Soal betul atau tidak tulisan itu belum dapat dipastikan lagi sehingga kedua-dua tuan punya badan bangkit untuk menjelaskannya dan sekiranya benar tetapi mereka tidak mahu menjelaskannya pun tidak menjadi masalah kerana itu kisah hidup mereka. Sama seperti kisah cinta pasangan lain.
Tetapi, jika benarlah apa yang ditulis itu, maka ianya sesuatu yang memalukan. Ini kerana Aishah masih lagi menggunakan gelaran Permaisuri dan ini sedikit sebanyak mencalarkan imejnya, apatah si penulis tersebut menceritakan kisah dia diminta memilih pakaian dalam wanita.
Tujuan saya menulis perkara ini adalah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat apabila nama Aishah disebut. Masyarakat tidak boleh mengaitkan Aishah dengan Istana Selangor, kerana Aishah sekarang tidak lagi berada dalam Istana Selangor walaupun dia masih menggunakan gelaran Permasuri.
Beliau kini hanyalah rakyat biasa seperti kita semua dan bebas untuk ke mana-mana dan juga bebas untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Istana Selangor tidak boleh mencampuri kehidupan peribadinya. Cuma dalam bab ini beliau harus berhati-hati agar tidak tersilap memilih pasangan dan menjaga setiap gerak-gerinya agar sesuai dengan gelaran Permaisuri yang digunanya.
Aisyah masih lagi mempunyai ibu bapa yang masih hidup, mengapa perlu dikaitkan dengan Sultan Selangor. Sultan atau Raja-Raja Melayu berada di tempat tinggi dan sebagai Payung Rakyat adalah agak kurang ajar jika nama Sultan dijadikan bahan gurauan.
Akhir kalam, adalah lebih baik tuan punya badan dapat bangkit dan jelaskan perkara sebenar kepada rakyat. Ini kerana kita bimbang jika ianya satu fitnah maka kita tidak boleh biarkan fitnah itu berterusan. Jika tuan punya badan memilih jalan untuk tidak menjelaskannya pun tidak mengapa, itu hak mereka.
INI SEMUA FITNAH DAN TOHMAHAN YANG AMAT DASYHAT…INI SEMUA TIDAK BENAR SAMA SEKALI..SILA KE BLOG SAYA UNTUK MENGETAHUI CERITA YANG SEBENAR..PERMAISURI SEBENARNYA DALAM KEADAAN SAKIT WAKTU ITU..SAYA TAHU SEGALANYA..JANGAN PERCAYA DENGAN PENDEDAHAN MURAHAN DAN BODOH SEPERTI ITU
ReplyDeletesila ke blog saya untuk mengetahui cerita yang sebenar
http://syukury.blogspot.com/