Followers

Thursday, November 4, 2010

Peguam Negara Menutup Kes Bala & Altantuya ?


Fail Dakwaan Altantuya Ditutup!

Altantuya: Fail dakwaan PI Bala ditutup, AG tidak lagi siasat
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memutuskan tiada siasatan susulan akan dijalankan berhubung dakwaan detektif bebas P. Balasubramaniam, yang mengaitkan perdana menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Peguam Negara memutuskan demikian selepas dua akuan sumpah berkanun yang bercanggah dibuat oleh Balasubramaniam pada 2008 — selang sehari — dianggap sudah ditutup. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis ketika ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2011 berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan sedemikian kerana akuan bersumpah yang bercanggah tidak akan membawa kesan ke atas perbicaraan kes bunuh Altantuya. “Meskipun adanya percanggahan antara akuan bersumpah, percanggahan itu tidak memberi kesan terhadap keputusan kes Altantuya. “Lebih-lebih lagi individu berkenaan (Balasubramaniam) dipercayai masih berada di luar negara,” kata Nazri. Katanya, keputusan untuk menutup kes berkaitan dakwaan Balasubramaniam dibuat dengan mengambil kira pertimbangan mendalam ke atas hasil siasatan polis dan juga keterangan saksi-saksi. Nazri berkata, siasatan ke atas Balasubramaniam pada awalnya dikendalikan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan — menyentuh aspek “menyediakan kenyataan palsu.” Di bawah undang-undang itu, seseorang yang disabitkan keslahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda. Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat dakwaan Balasubramaniam berhubung pendedahan terbaru kes pembunuhan wanita Mongolia itu empat tahun lalu. Aduan yang disiasat oleh SPRM ini dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas kenyataan Balasubramaniam dikeluarkan menerusi rakaman video yang dibuat di Singapura. Pendedahan itu dibuat akhir tahun lalu.

boleh tidur lena puak sebelah sana, senang hati bik mama

sumber: kerabu bersuara

1 comment:

  1. ya lah, itu semua geng2 ahli neraka jahannam... kau tolong aku, aku tolong kau... yang mati tu... nasiblah.. janji diaorang selamat... apa nak heran... itu semua syaitan2 dan iblis berwajah manusia...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.