Followers

Saturday, November 27, 2010

MEMALUKAN: Dewan Hampir Kosong Bila Ketua AMK Samsul Iskandar Buat UcapanDasar ?

Ke mana perginya anak-anak muda Keadilan?. Inilah yang menjadi persoalan dikalangan pemerhati Konges AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Sivik Petaling Jaya semalam. Bayangkan dewan yang sepatutnya boleh memuatkan lebih seribu peserta kosong dan lengang. Tidak sampai 400 orang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berada dalam dewan ketika Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin (foto) menyampaikan ucapan dasar.

Senario yang berlaku ini sungguh memalukan dan tidak dapat disembunyikan lagi sebenarnya. Soalnya, kenapakah ini berlaku sedangkan ketika itu pemimpin utama AMK sendiri yag berucap. Apakah ini menunjukkan bahawa memang telah berlaku
"perpecahan" dalam pergerakan itu agaknya. Mana perginya penyokong calon Ketua AMK yang tewas kepada Samsul iaitu Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard?.

Apakah mereka semua memboikot Samsul? Lantaran itu keluar dewan ketika beliau berucap. Imej yang buruk ini memberi tamparan hebat kepada PKR sebenarnya. Jelas sekarang bahawa perpecahan telah berlaku biarpun usaha untuk meyatupadukan semua ahli parti telah dilakukan. Malah, rayuan yang dibuat oleh bekas Timbalan Ketua AMK iaitu
Fariz Musa agar Chegubard dilantik ke mana-mana jawatan penting dalam pergerakan itu jelas membuktikan beliau menyedari apa yang berlaku.

Masalahnya, apakah Chegubard boleh menerima pelawaan Samsul itu agaknya. Biarpun Samsul kini mempunyai lima kekosongan exco lantikan, namun apakah ia sesuai untuk Chegubard?. Memilih Chegubard sebai exco bukan sahaja menghina beliau, malah turut merendahkan imej dirinya. Mana mungkin beliau yang bertanding untuk kerusi Ketua AMK tiba-tiba dilantik sebagai exco oleh
"lawannya". Sedangkan, Chegubard sendiri kecewa akibat pendirian "lalang" Samsul biarpun mereka sudah sedia berkompromi sebelum ini sebenarnya.


Hanya egelintir sahaja perwakilan AMK saksikan Samsul Iskandar
buat ucapan dasar. (Sila lihat diskrin untuk bukti beliau berucap)

Sikap Samsul yang "U-Turn" di saat-saat akhir jelas sekali merosakkan perancangan Chegubard untuk memimpin AMK. Malah, tindakan itu dipercayai merupakan "wahyu Anwar" sendiri selepas melihat calon harapannya Rafizi Ramli tidak bisa menyaingi ketokohan Chegubard. Lantaran itulah Samsul diarahkan bertanding jawatan itu bagi memastikan harapan Chegubard berkecai kerana dia dipercayai berada dalam team calon Timbalan Presiden yang keluar parti iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

[Dengan senario ini, maka kita tidak hairanlah apabila melihat segelintir sahaja ahli AMK yang tergamak berada dalam dewan ketika Samsul Iskandar menyampaikan ucapan dasar. Kejadian yang sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Jika inilah yang ingin ditunjukkan kepada rakyat maka sudah pasti kita amat gusar sebenarnya.

Kenapakah tidak ada pihak yang mengarahkan perwakilan AMK masuk ke dewan ketika ketua mereka berucap. Ini merupakan satu sikap "kurang ajar" yang tidak sepatutnya dilakukan oleh perwakilan AMK jika mereka mengamalkan sikap yang lebih toleransi.

Kemenangan dan kekalahan adalah adat pertandingan, namun sikap memboikot persidangan yang sedang berlangsung jelas sekali amat memalukan. Langkah terbaik wajar diambil untuk menyatupadukan semula anak-anak muda keadilan jika tidak mahu perpecahan yang lebih besar terjadi nanti].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.