Banyak songeh pulak...Koboi Kampung yang cuba menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini, mula berdolak-dalik apabila dicabar oleh Khalid Ibrahim agar menunjukkan bukti berkaitan kos perbelanjaan majlis makan bagi sambutan ulang tahun ke 40 Yayasan Selangor .
Dia dakwa PKNS berbelanja RM800,000 dan bukannya RM300,000.
Kalau ada bukti..... sila serahkan. Jika dakwaan ini terbukti benar, ia akan dapat menyerlahkan lagi kepincangan yang berlaku di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim/Pakatan Rakyat. Koboi kampung, takkan rugi apa-apa. Yang akan terkesan ialah imej Pakatan Rakyat Selangor.
Ha.. ha.. Ada ler peluang koboi kampung untuk rampas balik Selangor dan seterusnya ada juga ler chance untuk dia dilantik menjadi MB Selangor nanti. Am I right??
That's why.... jika ada bukti, tunjukkan dan dedahkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Itu cabaran Khalid kepadanya. Sila.... ya, sila kemukakan bukti. Tolong bagi kerjasama agar kita dapat sama-sama banteras gelaja pembaziran seumpama ini. Kita tidak akan berkrompomi dengan sifat boros seperti ini.
Aha... malangnya, apabila dicabar, dia mula gelabah dan berdolak-dalik. Kononnya, dia sanggup ke mahkamah jika disaman. Weh.... tak der masa kerajaan PR Selangor nak ke mahkamah untuk layan kerenah ngko. Itu.... satu PEMBAZIRAN WANG RAKYAT. Tak pasal... Apa hal pulak wang rakyat nak dibazirkan untuk menyaman 'koboi kampung' yang banyak kerenah ini. tak der maknanyer.... Buang masa!! Bazir duit jer!!
Kalau ngko ada bukti..... bagi jer pada SPRM atau dedah jer dalam akhbar. Biar satu Malaysia tengok. Tak payahler ngko nak berdolak dalik.... Tak der masa orang nak layan ngko!! Tuduh berdegar-degar... tapi cuma dengan air liur. Bukti sampai la ni..... yeilek!! Berkokok bagai nak rak, tapi bontot sendiri bergelumang taik. Tipikal malaon UMNO. Tin kosong!!!
Lepas tu, yang syiuknya.... dia siap suruh Khalid mintak maaf terlebih dulu pada dia, sebelum dia bersedia untuk beri penjelasan. Alahai.... Weh, lu siapa mau minta Khalid minta maaf sama lu???
Mak aaaihh.... Banyak cantik!! Kau mintak maaf dulu... baru aku beri penjelasan. Adey..... Pigiiraahhh!! Boleh blaaahh!!
Usah komer percaya ler gelembong si koboi kampung tu..... Budaya mereka, suka mengencing orang!!
Arr.... dengar sini.
Makan nasi duduk bersila Minum air kurangkan gula Jangan asyik bercakap saja... Ada bukti, sila beri ya??
[Sumber] Posted by A Mum Of Three Mohd at 10:00 PM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.