Followers

Friday, November 19, 2010

Kerajaan BN Sarawak mengamalkan 'dunia tanpa sempadan' taik kucing !!


Malam ni nak cerita pasal dunia tanpa sempadan ala-Malaysia, khususnya yang dipraktikkan oleh BN Sarawak.

Kerajaan BN Sarawak mengamalkan 'dunia tanpa sempadan' taik kucing. Mereka bersikap selektif dalam memberi kebenaran kepada pihak atau individu yang memasuki Sarawak. Pihak atau individu yang bebas masuk ke Sarawak tanpa sebarang sekatan dan masalah ialah mereka yang tidak menimbulkan masalah dan memeningkan kepala kerajaan BN Sarawak.

Sebaliknya.... mereka yang dilihat cuba menggugat dan mengancam 'kerja taik' atau kuasa BN Sarawak... akan disekat daripada memasuki Sarawak. Jabatan Imigresen Sarawak diperkuda untuk tujuan itu.

Dulu Gobalakrishna kena. Then, kalau tak silap... Tian Chua pun pernah kena. Kini, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) iaitu Jannie Lasimbang pulak kena. Apa hal ni...?? Baca sini.

Just because Sarawak ada otonomi dalam hal imigresennya, ini tidak bermakna mereka boleh sekat, ikut suka mak bapak mereka jer. Senang-senang jer nak senarai hitamkan orang daripada memasuki Sarawak. Ini tindakan bacul namanya. Tindakan bacul, sang pengecut yang gusar dan takut tembelang mereka akan pecah... terbongkar dan terdedah.

Lantas... mereka guna kuasa yang mereka ada untuk melindungi kuasa politik mereka daripada diancam dan diganggu gugat. By hook or by crook.... mereka akan lakukan apa saja untuk terus berpaut kepada kuasa, agar mereka dapat terus memperbodohkan rakyat Sarawak dan membolot kekayaan hasil bumi Sarawak untuk diri dan kroni.

Alahai..... Sarawak Bumi Kenyalang. Pemimpin kenyang, rakyat malang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.