Serbuan mengejut dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur diketuai lima pegawai dan 16 anggota di pusat kecantikan serta kelab karaoke yang baru beroperasi beberapa bulan lalu.
Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat spa dan kecantikan di Jalan Bukit Bintang, kira-kira jam 7.30 malam kerana disyaki menjalankan aktiviti seks.
“Dalam serbuan mengejut oleh dua pegawai dan tujuh anggota itu, polis menahan enam tukang urut warga China serta seorang wanita Myanmar berusia 20-an hingga 30-an kerana tiada memiliki dokumen perjalanan.
“Selain itu, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 57 tahun kerana melindungi dan membenarkan warga asing terbabit bekerja di premisnya tanpa permit. Tindakan saman akan dikenakan kepada pemilik premis terbabit kerana melanggar syarat lesen dengan menjalankan aktiviti urut badan sejak dua bulan lalu,” katanya.
Razali berkata, dalam serbuan kedua kira-kira jam 9.45 malam di sebuah pusat karaoke dan hiburan, seramai 11 wanita Vietnam dan seorang wanita Filipina yang bekerja sebagai pelayan pelanggan ditahan.
“Ketika diserbu, semua wanita berusia 18 hingga 30 tahun itu bersama pasangan masing-masing dan ada yang cuba melarikan diri, namun gagal,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.