Ini satu berita panas yang baru kami terima, mahkamah sebelum ini dimaklumkan bahawa Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan terhadap kes liwat Anwar iaitu Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (foto) mengalami masalah kesihatan.
Beliau dipercayai deman dan tidak dapat hadir ke perosiding perbicaraan kes liwat II semalam dan juga hari ini. Tempat beliau digantikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria. Namun daripada sumber yang berkenaan, kami dimaklumkan bahawa beliau sebenarnya telah mengalami kejutan akibat "terjatuh".
Tidak dapat dipastikan di mana beliau terjatuh, namun kini nasibnya belum diketahui. Justeru itu, rakyat diminta bersabar dengan apa yang berlaku ini. Mungkin beliau terkejut dan takut untuk menghadapi perbicaraan seterusnya yang melibatkan konspirasi besar terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim agaknya?.
Apapun, laporan seterusnya akan kami buat segera selepas ini. Apakah satu lagi bala akan menimpa mereka yang bersekongkol untuk menzalimi Anwar itu agaknya?. Segala musibah yang menimpa ada pedomannya! Justeru itu semoga mereka yang cuba mempermainkan undang-undang dapat mengambil ikhtibar atas segalanya berlaku itu.
[Tidak dapat dipastikan dimanakah Datuk Mohd Yusof terjatuh sebenarnya. Mungkinkah di rumahnya, atau dikandang kudanya atau pun ketika beliau sedang bermain golf?. Apapun, segalanya adalah satu takdir yang pastinya mengundang seribu makna.
Semuanya gara-gara permainan politik dalam institusi kehakiman dan perundangan kita yang kini terus ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa. Bukankah ini satu petanda yang memang ada sesuatu yang tidak kena kepada kes liwat II Anwar ini].
sumber : pahangdailyonline
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.