GUA MUSANG, 3 Nov - Kempen pilihanraya kecil Dun Galas yang berbaki satu hari makin terasa kehangatannya. Para jentera dan petugas parti tidak melepaskan peluang melainkan terus memenangi hati pengundi di sekitar kawasan ini.
Di Sungai Terah, para petugas dan jentera pasti telah bekerjasama mengadakan program Cakna Rakyat di sini. Istimewanya, program anjuran jentera PAS Bachok, Pengkalan Chepa, Kedah dan Perlis ini diadakan selama dua hari dengan pengisian-pengisian menarik. Antaranya pertandingan menebar roti canai, pertandingan mewarna, karom dan sukaneka, BBQ, ceramah, bacaan tahlil rumah ke rumah, ziarah dan sebagainya yang cukup menambat hati masyarakat di sini.
Turut hadir memeriahkan bacaan tahlil, BBQ dan pertandinagn menebar roti canai adalah YB Nasir Mustapha, (ADUN Kubang Rotan),YB Cikgu Yahya (ADUN Jenerih) dan YB Cikgu Ahmad Jusoh dan YB Cikgu Aziz (ADUN Jelawat) yang turut beraksi. Mereka beramah mesra bersama kira-kira 50 orang daripada pelbagai peringkat usia. Dewasa, remaja dan kanak-kanak kelihatan gembira dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan.
ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustapha yang turut hadir dan mencemar tangan menebar roti canai berpendapat, Tiada isu besar yang ditonjolkan pada pilihanraya kali ini yang menyebabkan undi jatuh dan sebagainya. Beliau turut yakin PAS dapat mempertahankan kubu Seri Tiong dan sekaligus Dun Galas, Gua Musang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.