Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor mendendangkan lagu yang berlainan rentak dan nada sekarang.
Sambil menyifatkan Zaid - yang juga bekas Penyelaras Pakatan Rakyat sebagai “pemimpin yang ikhlas dan jujur seperti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib Abdul Razak", Ezam berkata hakikatnya tiada tempat untuk kejujuran di PKR.
"Zaid benar-benar mahu melihat satu simbol tunggal bagi Pakatan. Tetapi tidak bagi Anwar. Dia seorang penipu,” kata Ezam, yang pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu sebelum meninggalkan PKR pada 2006 dan menyertai semula ke Umno dua tahun kemudian.
"Saya kenal Zaid. Saya tahu Zaid buka pemimpin besar, dia ada masalahnya. Tetapi orang ramai boleh lihat kejujuran. Dan sekarang, orang ramai boleh lihat apa yang sudah hilang dari parti itu.
Isnin lalu, Zaid mengesahkan akan meninggalkan PKR, bagaimanapun notis rasmi berhubung keputusannya itu belum diserahkan kepada ibu pejabat parti.
Pada 8 November, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan keputusannya untuk menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR selain melepaskan semua jawatan dalam parti itu.
![]() |
Zaid yang sebelum ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri meletakkan jawatannya pada September 2008 kerana membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.