Kunjungan Anwar Ke Pahang Di Jangka Pulihkan Kepercayaan Rakyat, Nama Si Zaid Ibrahim Pasti Bergema Serta Bakal Jadi Perhatian Sebenarnya !!Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim khabarnya akan bertandang ke bumi Pahang Darul Makmur pada 23 November ini. Kunjungi ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh ahli PKR dan juga rakyat Pahang sebenarnya.
Tambahan pula disaat kemelut pemilihan 2010 yang kini melanda parti itu. Apa yang pasti kehadiran Anwar bakal memberi suntikan baru kepada pimpinan PKR negeri untuk kembali memperkukuhkan parti selepas agak tegang gara-gara kempen pemilihan ini. Justeru itu ramai yang amat ternanti-nanti kemunculan mantan TPM itu. Difahamkan, Anwar bakal bertemu dengan kepimpinan PKR negeri di Pejabat Perhubungan PKR Jalan Beserah Kuantan.
Sementara di sebelah malamnya, beliau akan bertemu rakyat dalam ceramah umumnya yang kedua di lokasi terbabit. Harus diingat, Anwar pernah hadir dan berceramah di tempat yang sama awal tahun ini. Makanya, kehadiran Anwar kali ini pasti akan memberi harapan baru buat PKR Pahang. Sudah pasti, nama Datuk Zaid Ibrahim bakal ditimbulkan semasa ceramah beliau itu nanti.
Soalnya, apakah relevan untuk nama Zaid terus dimainkan, sedangkan penyokong bekas calon Timbalan Presiden itu sebenarnya masih ramai dalam PKR Pahang itu sendiri. Ada sebahagian daripada mereka kini, mengakui bahawa tertipu dengan permainan Zaid. Beliau begitu licik memberi harapan kepada para penyokongnya, tetapi tiba-tiba bertindak diluar dugaan mereka seperti apa yang berlaku sekarang ini.
Semuanya ini jelas membuktikan bahawa para penyokong Zaid tidak bersalah sebenarnya apabila memberi sokongan kepada beliau. Namun, masalahnya yang berlaku mutakhir ini mereka bukan sahaja dihentam dan dikutuk oleh penyokong Azmin Ali. Malah ada juga yang telah diberi kata dua bahawa riwayat politik masing-masing akan berakhir kiranya berlaku rombakan kepimpinan negeri selepas ini.
Apapun, hanya Anwar Ibrahim yang lebih mengetahui dan bakal meredakan keadaan yang berlaku ini. Nantikan kunjungan beliau ke Kuantan bagi mendengar amanat terakhirnya sebelum Kongres Nasional PKR mulai 26 November ini.
[Dengan perkembangan ini, adalah lebih elok kepada para penyokong Azmin Ali tidak terus menyerang dan menghentam bekas penyokong Zaid Ibrahim sama ada secara terbuka atau menerusi laman sembang sosial seperti facebook. Senario ini jelas berlaku di Pahang sekarang ini, terutamanya melibatkan pimpinan PKR negeri yang menyebelahi Azmin itu sendiri.
Adalah lebih elok mereka berusaha untuk memantapkan semula perjuangan parti agar ia kembali di terima rakyat, daripada terus memainkan isu Zaid. Langkah mencetuskan provokasi keterlaluan bakal menyebabkan individu yang tidak dapat mengawal perasaan akhirnya mengambil tindakan diluar batasan.
Adalah lebih elok, hubungan sillaturahim dieratkan semula jika benar mereka mengatakan pemilihan PKR yang berlaku itu adalah antara adik beradik. Jika sikap seperti sekarang terus diambil, maka akhirnya kepercayaan rakyat terhadap PKR akan terus terhakis dan peluang untuk menakluki negeri Pahang akhirnya berkubur begitu saja. Inilah yang perlu difikirkan semua pihak sekarang].
pahangdailyonline
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.