Followers

Saturday, October 2, 2010

Takkan Nak Biar Diri Diperbodoh UMNO Sampai Ke Mati Kot?





Kasihan warga miskin niii...tapi tak pa,Umno akan bagi balik wang tersebutlebih daripada yang diberi oleh DAP,sebagai bayaran menjadi pelakon drama "Umno Munafik"

Puak-puak "Munafik Umno" Baca kenyataan di bawah ini..

Jangan jadi Bangang..!!

Kenyataan dari bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri "Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."

Katanya lagi , bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Sebagai makluman wang kutipan dari hasil judi bagi negara Malaysia dalam tempoh setahun berjumlah RM 2.3 billion

Dalam kenyataan berasingan Dr Mohd Asri menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.-

Rakyat Marhaen

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.