Followers

Saturday, October 9, 2010

SAH KE ORANG UMNO PERGI KE MEKAH ? - Oleh Ustaz Saiful Bahri


Bakal haji akan mula bertolak ke Mekah dengan penerbangan bermula hari ini 9 Okt. sehingga 9 Nov yang berjumlah 27 ribu orang. Seramai 2,335 bakal haji dari Terengganu akan mula berlepas ke Tanah Suci Mekah mulai 16 Oktober ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang berangkat semoga dikurniakan Allah Haji Mabrur.

Betapa ramainya umat Islam yang pergi menunaikan Haji dan berapa ramai yang telah kembali dan menggalas title Pak haji maupun Mak Hajah. Kekadang bukan sekali-dua.

Bagi yang berduit dah beberapa kali mengerjakan ibadah haji. Itu belum masuk umrah lagi. Dari segi bilangan mengalahkan Rasulullah Saw. Rasulullah hanya mengerjakan ibadah Haji sekali sahaja yang dikenali sebagai Hajjatul Wada’. Tetapi kenapa dari segi keberkesanan dan impak kepada diri dan masyarakat tidak begitu jelas. Apatah lagi dalam bernegara.

Semasa di Mekah ia melakukan yang terbaik. Solat sentiasa berjamaah 5 waktu, bersama imam dan ustaz. Berjubah mengalahkan arab. Sentiasa berjilbab. Tangan sentiasa ada tasbih.. berzikir, beribadah, mengingati Rasulullah dan sahabat, menziarahi tempat bersejarah dan merasai perit-getir perjuangan baginda. Amalan macam wali keramat. Tetapi apabila pulang ke Malaysia. Selepas 2 minggu aje, masjid pun tak nampak muka. Amalan balik asal semula. Pakaian terdedah aurat semula. Kembali menentang perjuangan Islam. Hina ulama. Dok cerca Islam. Hukum Islam ketinggalan zaman. Lupa dah perjuangan Rasululah bahkan menjadi pendokong tegar nasionalisme. Maknanya islam di Mekah sahaja sebab tanah haram. Di Tanah halal, maka halal segala-galanya. Inilah dikata orang haji marlborro. Boleh melancung dan dapat tittle sahaja.

Bagi setengah orang apabila dia sudah selesai melakukan ibadah haji maka ia telah sempurna Islamnya. Sembahyang, puasa, zakat dan haji. Cukup lengkap baginya rukun Islam dan selesailah tanggungjawabnya. Inilah yang dikatakan Islam pada rukunnya sahaja.Kalau begitulah Islam megikut pandangannya kenapa perlu Rasulullah saw berdakwah sehingga 23 tahun. Kenapa perlu Rasulullah Saw berhijrah.

Kalau sekadar mengucap 2 kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja kat Mekah boleh buat. Abu Jahal dan abu Lahab pun tak marah. Persoalannya apabila Islam itu memerintah. Perlu menegakkan segala hukum-hakam dan perintah Allah dalam semua ayat al-Quran yang diturunkan. Kerana itulah baginda berhijrah ke Madinah dan membina daulah Islamiyyah dan menggubal “Piagam Madinah al-Munawwarah”.

Tetapi bagi orang Malaysia khususnya pendokong UMNO, perjuangan, berpolitik, bernegara tak termasuk dalam Islam. Politik suku, agama suku. Inilah dasar sekularisme. Memerintah ikut Nafsu. Kehakiman mengikut Komanweal. Hidup bermatlamatkan materialisme. Perjuangan berdasarkan nasionalisme. Ekonominya kapitalis. Islam di Mekah sahaja. Di Masjid, dibulan Ramadhan, Hariraya, masa nak kahwin, masa nak mati, masa bawak ke kubur, masa bertahlil. Masa itu pakailah Islam. Lain pada tu ISA (Ikut Suka Akulah).

“Hah! Sangkut politik kat pagar sebelum masuk masjid” begitulah biasanya ustaz upahan UMNO mengajar. Jangan bawak politik dalam masjid. Habis kalau nak ke Mekah ni, sangkut politik kat KLIA jangan bawak masuk ke Mekah. Jangan berpolitik di Mekah. Musim Haji pun berpolitik juga. Begitulah antara cakap-cakap mereka. Berjayalah kehendak Snouge Hogronje, seorang orientalis Belanda, bekas paderi yang menyusup masuk ke Mekah, mengaku Islam dan bekerja dengan Syt Hindia Belanda dengan menyarankan supaya menyekat dan menghalang politik haji dan jihad sabilillah. Supaya bakal haji hanya melakukan gerak-kerja haji tanpa pulang membawa perjuangan Rasulullah Saw dan tidak menggangu-gugat pemerintahan Belanda di Indonesia.

Dahulu setiap bakal haji diberi buku kecil panduan melakukan ibadah haji dengan fatwa mufti Arab Saudi, Abdul Aziz bin baz yang menyebut batas-batas kufur yang menjadikan haji tidak sah. Dr Muhammad Na`em Yassin mengeluarkan kitab Iman : Rukun, Hakikat & Pembatalannya. Bahkan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kitab Mastika Hadis yang menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan iman yang merosakkan semua amal ibadah dan amalannya ditolak. Tetapi mereka ini mengaji ke tak? Kitab yang mereka keluarkan sendiri tu baca ke tidak?

Sudahlah tak baca kitab, kitab yang dikeluarkan oleh ulama yang menjeaskan isu seperti ini telah diharamkan seperti karangan Syeikh Abdul Qadir, guru di masjidil haram. Pada tahun 1956, Sheikh Abdul Qadir mendahului ulama-ulama lain apabila memperkatakan tentang masalah ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta percanggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam. Persoalan ni diperkatakan dalam buku terjemahannya, “Pendirian Agama Islam” (1956). Dalam cetakan kedua buku ini pada 1957, beberapa ulama telah memuji tindakan Sheikh Abdul Qadir dalam menyelamatkan aqidah umat Islam ini.

Dengan pemikiran politik beliau yang begitu terkehadapan berbanding para ulama yang lain, Sheikh Abdul Qadir bukan sahaja berjaya menghasilkan karya-karya politik, pemikiran Islam dan fiqh semasa, tetapi turut terlibat secara langsung dalam gerakan politik Islam. Sheikh Abdul Qadir telah mempengaruhi murid-muridnya di Makkah supaya menolak pemikiran nasionalsme, menolak undang-undang penjajah, menolak kepemimpinan bukan Islam, mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam serta mewajibkan umat Islam menyertai PAS.

Beliau sendiri menyertai PAS Cawangan Makkah pada tahun tersebut ketika Yang Dipertuan Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias memimpin pasukan kesihatan jemaah haji Tanah Melayu pada 1954. Sheikh Abdul Qadir turut dipilih sebagai Ketua PAS Makkah sehingga kematian beliau pada 18 Rabiulakhir 1385 (1965).

Antara murid beliau yang terkenal ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Kelantandan Tuan Guru Haji Umar Daud Meranti. Salah seorang anak beliau, Syeikh Muhammad al-Mandili merupakan guru agama di Masjidil Haram sekarang ini.

Hari ini, khalifah UMNO menggalas pula Islam Moderate setelah kegagalan Islam Hadhari. Bersekongkol pula dengan agenda Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Plural, Islam Pragmatis dan sebagainya. Terlalu banyak membuak-buak ideologi manusia ini sedang dalam beribadah mengguna pakai amalan Islam yang dirasa selesa dan memilih-milih ajaran tersebut mengikut hawa nafsu mereka.

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Barangsiapa yang mencari selain daripada isla sebagai pegangan hidup nescaya tidak diterima daripadanya dan dihari akhirat kelak tergolong dari kalangan orang yang rugi”

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِين

“Wahai orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara menyeluruh da janganlah mengikuti jejak langkah syaitan sesungguhnya ia bagi kamu musuh yang nyata”

Rasulullah Saw juga bersabda : الكفار ملة واحدة

Semua kekafiran itu tergolong dalam agama yang satu

Semoga bakal haji bermuhasabah dan diharapkan agar meninggalkan perjuangan UMNO yang didasarkan atas assobiyyah itu dan semoga pulang nanti akan bersama-sama dengan perjuangan Pas bagi menegakkan Islam yang diwariskan oleh Rasulullah Saw untuk ditegakkan diatas mukabumi Malaysia ini, InsyaAllah.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.