"Kami faham ia merupakan satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan".
Kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan. Sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan. "Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia".
"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggapkan sampah dan perlu dilupuskan. Kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi. Langkah itu, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan. Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau".
***biar rakyat mampos asalkan proton terus hidup. biar semua kedai kereta terpakai mampos, yang penting proton terus hidup. jangan cetuskan idea supaya rakyat membenci kerajaan. jangan kerana nak jaga proton kerajaan BN juga turut mampos... cuba bagitahu berapa pendapatan perkapita bagi Jepun, Korea dan Singapura. dan berapa pula pendapatan perkapita negara kita? jangan main banding ikut dan sahaja. kalau tak tau nak bersaing dalam perniagaan, jangan berniaga. sepatutnya proton kaji kenapa kebanyakan pengguna proton adalah golongan pertengahan, kenapa hartawan & jutawan tidak tergamak untuk memiliki proton?***
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.