PKR HARUS BERGERAK SECARA AGRESIF-ismailybungsu
PEMILIHAN AJK Cabang PKR telahpun selesai, cuma saja peringkat Nasional belum selesai dan itu tidaklah perlu kita kesah sangat. Yang penting di bahagian sudah diusai. Lalu apa lagi yang mahu kita lakukan?
Nah, yang kusut kita luruskan. Yang panas kita sejukkan. Yang berserakan kita kumpulkan biar jadi satu. Biar jadi kuat dan hebat dan kalau ini dapat dilakukan maka samalah seperti sebatang lidi/kalau satu mudah dipatahkan, tetapi kalau dikumpul dan diikat menjadi penyapu dia memang kuat dan mantap dan demikian juga kita ini dalam parti.
Memang kalah menang adat bertanding. Yang tak bernasib baik harus menerima hakikat dan itu tanda yang sekarang perlukan kepimpinan yang lebih agressif dan hebat dan dengan cara demikian baru kita bisa menumbangkan kerajaan zalim dan jahat.
Yang tak bernasib baik di Cabang jangan gundah gelisah atau kecewa atau bercita-cita untuk menyeberang dan kita harus ingat bahawa visi kita hanya satu iaitu BERKUASA agar bisa membantu rakyat yang kurang bernasib baik dan sekian lama tidak terbela, sedang para menteri jadi kaya raya dan hebat punya istana yang indah mengalahkan istana raja. Ini tidak bisa kita biarkan.
Rakyat harus diberi penjelasan yang seakrap mungkin dan kali ini merupakan perjuangan kita untuk yang mungkin ini saja peluang kita setelah dulu pakatan sebenarnya tidak bersatu kerana asyik mahu menunjukkan kejaguhan dan akhirnya ayam terlepas tangan bau tahi.
Iya, kali ini kelihatannya Pakatan semacam begitu bersemangat dan kuat. Ramai or4ang kadazan sudah sedar yang mereka dibuli dan tidak dipeduli, malah dalam BN mereka disisihkan demikian rupa dan memang mereka menganggap diri mereka sudah hebat, tanpa dia tahu yang Maha Satu di atas lebih hebat dan kuat. Kun Fa Ya Kun!
Ahli-ahli PKR yang memangnya sudah menduduki kerusi AJK Cabang harus banyak merancang dan mengadakan pertemuan/perjumpaan di kalangan rakyat di bahagian masing-masing dan bukan diam menunggu pilihanraya yang akan diadakan nanti.
Mulai sekarang harus berkerja keras dan hadir di mana-mana untuk memberikan penerangan dan penjelasan akan kebobrokan kepimpinan Barisan nasional yang menyebabkan kita miskin papa dan Pelarian kian ramai serta luang kerja kurang yang menyebabkan belia kita lari ke Malaya dan merempat di sana. Sesuatu yang cukup memalukan.
Setiap ahli PKR harus mengetahui semua hal agar mudah disebarkan kepada yang tinggal di bahagian dan dengan cara demikian, disamping memperlihatkan kepimpinan yang bisa dipercaya, maka dengan itu akan mudah kita menguasai minda rakyat kita.
Dilihat keadaan election musim lalu jelas hanya Sabah dan Sarawak sahaja yang menyebabkan UMNO memerintah dan kalaulah ketiadaan Sabah dan Sarawak, maka UMNO sudah lama dikuburkan dan kerana itulah orang Sabah harus bangkit secara bersama menentang kepimpinan yang begitu jelas memiskinkan orang Sabah sendiri.
Yakinlah, kalaulah UMNO terus memerintah kali ini, maka orang Sabah akan lebih susah dan menderita meski kekayaan begitu jelas kelihatan, tetapi kekayaan itu bukan hak kita, semuanya milik orang luar dan anak bangsa kita hanya duduk di tangga sambil menggigit jari dan melihat hasil negeri diangkut ke luar Sabah dan yang kaya bukan kita tetapi orang lain.
Tidak hairan kalau nantinya disekitar 10-20 tahun yang akan datang kita akan menerima BALA dan benarlah kata Mantan ketua Menteri Sabah di Zaman BERJAYA bahawa kalau kepimpinan sekarang ini terus dilanjutkan, maka Malaysia akan menerima kesan buruk dan ini juga diramal oleh ahli ekonomis barat.
Makanya mulai sekarang kita berfikirlah dan kepimpinan PKR harus memikirkan perkara ini dan jangan sekali-kali asyik diam melulu yang semacam menunggu buah yang tak akan jatuh ke bumi.
Salam,
Ismaily Bungsu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.