Followers

Saturday, October 16, 2010

Peruntukan JPM RM16 Bilion - PeruntukanPaling Besar, Lebih Dua Kali Ganda dari Tahun 2007 ?

Jabatan Perdana Menteri yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak menerima peruntukan paling besar iaitu hampir RM16 bilion dalam bajet 2011, lebih dua kali ganda berbanding peruntukan tahun 2007.

Peruntukan besar itu dipercayai adalah untuk menampung pemberian projek-projek mi segera yang dijanjikan oleh Barisan Nasional pada setiap pilihan raya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata peruntukan besar itu menimbulkan kecurigaan bahawa wang rakyat digunakan untuk memenuhi janji-janji projek yang dibuat Barisan Nasional pada pilihan raya.

Walaupun hanya sebuah jabatan, JPM mempunyai lebih 40 ribu kakitangan dan segala agensi dan syarikat kaitan kerajaan yang penting seperti Petronas dan Felda di letakkan di bawah kawalan langsung Najib.

"16 bilion mi segera ini diletak bawah JPM ini ialah program 'candu' sekarang ini istilah lain. Dulu menggula-gulakan rakyat. Sekarang terus bagi candu untuk rasa khayal. Program untuk bagi rasa khayal sekejap bila dah sedar dari khayal tak ada apa apa. 16 bilion ini dibawah JPM kita sudah tahu kalau dari segi pelaksanaan tidak ada butir yang jelas. banyak peruntukan ini tidak jelas," tegas Azan.

Tambahnya, peruntukan di bawah JPM ini hanyalah belanja yang dibuat untuk langkah nak buat mi segera dan ini tidak akan berjaya. 

catatan : TV Selangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.