Satu notis bagi tindakan menghina mahkamah dijangka akan difaikan oleh pasukan peguam pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dua pembantu ketua pembangkang itu – Rahimi Osman dan Rasid Rosli.
Peguam Sankara Nair berkata buat masa ini, pihak mereka akan mengkaji dan mengumpul maklumat berhubung apa yang dilaporkan di media.
“Tidak salah jika mereka membuat laporan polis, tetapi mereka tidak sepatut memberi komen,” kata Sankara.
“Ini adalah subjudis. Kita akan kaji apa yang diperkatakan kepada media dan akan memfailkan notis minggu depan,” katanya.
Rahimi dan Rasid masing-masing membuat laporan polis mendakwa peguam Anwar memaksa mereka menandatangani akuan bersumpah yang dicurigai kandungannya berhubung dakwaan Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat.
Kedua-dua mereka juga mengeluarkan kenyataan akhbar kepada pihak media. The Anwar Ibrahim sodomy trial resumes today with expected fireworks not only from the cross-examination of a doctor who examined complainant Mohd Saiful Bukhari Azlan, but also following the recent developments surrounding another former aide of the opposition leader, Rahimi Osman.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.