Followers

Thursday, October 14, 2010

ORANG SABAH TERLALU BAIK SANGAT DAN AKHIRNYA KEPALA KENA PIJAK LUMAT-ismailybungsu

ORANG SABAH memang terlalu baik sangat. Terlalu baik sangat. Juga terlalu hormat dan terlalu mengenang budi.

Seringgit kena kasih akan ingat sampai mati tetapi tanpa dia tahu/seringgit dia dapat, sejuta masuk poket pemimpin alias menteri UMNO dan rakyat Sabah miskin menteri dan kroni kaya raya pandu ninja alias mercedes, sementara pengikut UMNO cukup-cukup makan dan selalu minta-minta sembah peluk cium tangan dan anak-anak gelap masa depan.

Lalu siapa nanti disalahkan?

Sejak dulu kita hormat tamu. Tamu yang datang kita persilakan dan tamu kita jamu dengan segala macam makanan. sehingga kita sanggup bergadai kambing, babi (tak ada babi/tembak babi hutan), ayam jantan untuk menjamu tamu, tetapi tamu yang tidak mengenang budi bukan kasih kenyang senang, dia hisap darah kita seperti lintahdarat (lintah sungai sama saja)hingga kita jadi miskin papa kedana dan hidup kita susah derita, lalu siapa yang harus disalahkan?

Tamu selalunya datang dan kelihatannya berwajah malaikat, manis dan manja, pujukannya hebat sangat hingga kita lupa ia bak belanda minta tanah, setelah dapat kuasa habis tanah diminta dan kemudian jual ke taukeh dan kayanya cepat seolah ini sabah "dato nenek mereka punya" ini rakyat tidak tahu dan bila saya kasih tahu mereka kata saya fitnah dan tipu/mereka ingat saya tidak tahu dosa dan pahala. Saya bercakap benar bukan pembelit dan pembohong seperti ular melingkar.

Selalu kroni alias Tali Barut kata "lapor ke polis"/dia ingat kita tidak pernah melapor ke polis? itu sajalah alasannya yang kita dituduh memfitnah dan dikaitkan nama polis. Polis siapa yang melantik kalau bukan restu PM dan tak kan polis mahu hancurkan yang berbudi, kecuali setelah kuasa polis berakhir, barulah ketua polis mengatakan ada campur tangan yang maha berkuasa konon, tetapi tak guna sudah terlambat.

Kalau dulu kita datang Malaya/sampai airport orang akan tanya "Dari Mana?" lalu kita jawab "Sabah" dan mereka akan kata lagi "000 orang kaya " lantaran balaknya dan sekarang bila mereka tanya sama, lalu mereka soal lagi "kerja kilang mana?" Nah, cuba saja kita fikirkan sama dan kelihatannya kita begitu jauh sekali bedanya.

Makanya ramai belia kita datang ke Malaya untuk cari kerja di sana sebab di Sabah luang kerja tidak ada dan mereka begitu bijak pula menjawab bahawa orang kita pilih kerja. Apa dengan kelulusan universiti, anak kita kerjanya menjolok kelapa sawit yang gajinya RM10 sehari? apa anak-anak UMNO yang lulus universiti sanggup dan mahu kerja sedemikian? cakap tidak serupa bikin.

Kita masih ingat Zaman BERJAYA Datuk Harris tubuhkan Ko Nelayan, Safma, KPD, Safoda dan macam-macam lagi dan luang kerja begitu banyak sekali dan sekarang apa sudah jadi, syarikat2 berkenaan hidup segan mati tak mahu dan akhirnya HAPRAK sebab pemimpin sekarang tidak tahu memimpin negeri kala dalam kepala otak mereka hanyalah mahu isi kantung bikin istana berjuta atau pasang dua tiga atau tiduri ipar dan selingkuh dengan amah sendiri seperti yang dilakukan oleh Pembantu Menteri. Setan!

PRU13 kali ini bukan main-main dan soal rasuah jangan mudah terpengaruh. Kalau nanti UMNO kasih ambil saja itu duit sebab hak rakyat dan bukan duit UMNO. UMNO hanya parti bukan syaraikat yang cop duit. Duit UMNO adalah duit rakyat yang dirampok dan duit itu harus dikembalikan kepada rakyat.

Di zaman USNO, maupun BERJAYA termasuk PBS kita tidaklah sesusah begini meski baru merangka dan kita ketika itu dikatakan antara negeri terkaya dan maruah bangsa kita begitu dihormat, tetapi sekarang apa sudah jadi? HAPRAK dan kita begitu jatuh sebab digelar orang termiskin sekali di Malaysia banding kelantan, Trengganu, Perlis yang dulu termiskin banding kita yang kaya kerana sumber yang banyak sangat.

Iya, ambil saja sebanyak mana dan jangan lupa "Undi Pakatan" sebab undi itu rahsia tak siapa tahu. pandai-pandailah jadi P Ramlee dan pura-pura penyokong UMNO, tetapi kita tembak dia dari belakang sebab dia khianat negara bangsa dan pulangkan semangat PBS mula memerintah dulu/wajah semacam menyokong kerajaan, tau-tau belakang undi PBS. Bijak dan pintar.

Ayu sayang, kita ulangi cara dulu!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.