GUA MUSANG 29 Okt - Kementerian Pengajian Tinggi didakwa bersengkokol dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyogok bakal mahasiswa dengan imbuhan RM1,500 sebagai pembayaran awal meskipun belum mendapat tawaran secara rasmi daripada Unit Permohonan Universiti (UPU). Menurut sumber yang memberitahu, pihak atasan kementerian terbabit memberikan arahan supaya pegawai di PTPTN menghubungi pemohon-pemohon tersebut bagi memaklumkan mereka berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Apa yang pelik katanya, sepatutnya itu menjadi bidang tugas kakitangan UPU untuk menghubungi bakal-bakal mahasiswa dan bukannya menjadi kelaziman pihak PTPTN untuk menyatakan perkara tersebut. "Ini berkemungkinan ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas yang akan diadakan 4 November ini. "Arahan yang diberikan adalah pegawai di PTPTN menghubungi bakal mahasiswa ini tetapi tumpuannya adalah mereka yang tinggal di Gua Musang. "Kalau betul nak bagi, sepatutnya diberikan kepada semua mahasiswa di seluruh Malaysia tetapi kenapa hanya untuk di Gua Musang sahaja," kata sumber itu. Sumber tersebut turut memaklumkan satu majlis bergambar turut akan diadakan bagi menyerahkan pinjaman kepada bakal pelajar ini hujung minggu ini. Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak akan melayan mana-mana tuntutan termasuk usul pembinaan sebuah universiti oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang. Beliau berkata tidak mahu disebabkan adanya PRK maka kerajaan terpaksa melayan pelbagai tuntutan yang dianggap tidak munasabah |
Followers
Friday, October 29, 2010
KPT, PTPTN Didakwa Sogok RM1,500 Setiap Mahasiswa Oleh Fazli Othman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.