Followers

Tuesday, October 5, 2010

KENAPA HARUS SOKONG BN?-Ismaily Bungsu






RAKYAT SABAH DERITA BAWAH BN-ismailybungsu

Ayat 'Hanya BN selamat Malaysia" adalah sesuatu yang bodoh dan seolah tanpa BN negara akan hancur dan mereka lupa Tuhan ada di sisi. Sesunggunya inilah ayat yang sama sekali semacam tidak punya Tuhan alias lupa adanya tuhan di sisi kita.

Bila keadaan sudah terdesak, maka demikianlah kenyataan orang yang bahil dan akhirnya setiap perkataan alias ayat menjadi tidak menentu dan ini menunjukkan yang mereka bakal terpaksa melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa untuk menindas rakyat.

Selalu juga dinyatakan bahawa selama ini BNlah yang konon memberikan kenikmatan hidup di Sabah, sedangkan pemerintahan awal ialah USNO merupakan yang mula meneroka Sabah untuk maju, tetapi USNO dikhianati akhirnya alias ditipu dan Tun Mustapha sendiri dilupakan atau ada tangan-tangan yang BIADAP mencuba melupakan hakikat sejarah bangsa sehingga nama Tun Mustapha, Tun Fuad tidak disebut dihari penubuhan Malaysia dan ini cukup memalukan. BN sebenarnya bukan memajukan Sabah tetapi yang jelas memiskinkan Negeri Sabah, malah menyusahkan dan apakah ini tidak diakui oleh mereka.

Memang kita sudah di zaman awal USNO sebab kita ketika itu baru saja selesai dijajah oleh penjajah barat termasuk Jepun, tetapi sedikit demil sedikit setelah merdeka Sabah semakin membaik dan kemudian disambung oleh parti BERJAYA dan lalu dilanjutkan oleh PBS dan kemiskinan kita menjadi buruk bila UMNO masuk ke Sabah dan kelihatannya UMNO sama seperti zaman zaman Inggeris/orang melayu KL menekan kaum bumi putera di Sabah.

Cuba kita fikirkan, kenapa saja kita ini di Sabah jadi miskin 37%, sedangkan negeri kita antara yang terkaya kerana sumnber yang pelbagai bandaing Kelantan, Melaka, perli dan sebagainya? BN kena jelaskan kenapa miskinnya kita demikian? dan jangan mencuba untuk menutup mata dan menulikan TELINGA/hakikat ini.

Dan kemudian kita perhati soal PTI yang sekarang hampir mencecah 1.7 juta kerana BN sendiri menjadikan mereka punya IC yang sama seperti anak bumiputera statusnya dan bukankah ini pengkhianatan namanya? dan yang menjadi pengkhianat itu sendiri orang kita menjadi barua/talibarut BN untuk memproses IC untuk menjadi pengundi yang sah kerana memalsukan dokumen dan orang demikian pula berlagak sebagai HERO menyelamatkan UMNO katanya, padahal hakikatnya merosakkan negara bangsa dan membiarkan negara ini bebas dimasuki oleh sesiapapun sehingga anak bangsa menjadi miskin kerana semuanya direbut oleh bangsa asing.

Itu soal PTi dan kemudian soal perkara paling penting ialah Pendidikan. Nah, kenapa saja negeri kita ini merupakan pendidikannya paling tersorot di malaysia? Kita memang ada UMS, tetapi untuk siapa dan tidakkah kita tahu berapa orang anak PTI yang dikasih biasisawa dan mendapat pinjaman, sedang anak peribumi ada yang terpaksa menangguhkan kuliah lantaran biasiswa tak dapat, malah pinjaman tidak dikasih. Nah, lalu di mana yang namanya keadilan itu? Jelas ini suatu penindasan yang terang-terangan.

Nah, kelihatannya BN gagal mentadbir negara ini kerana Sabah begitu jauh diabaikan, malah kelihatannya BN merupakan gabungan parti yang menggantikan kepimpinan Inggeris yang lebih teruk kerana memiskinkan rakyat sabah, pendidikan tersorot dan demi mengekalkan kuasa, mereka sanggup menjadikan rakyat asing sebagai kaum bumi dan inilah kerja setan namanya.

Kita memanng bisa melihat kemajuan di sabah, tetapi milik siapa dan beribu ekar tanah yang ditanami kelapa sawit sebenarnya milik siapa kalau bukan tanah itu dipohon oleh keluarga YB dan kemudian dijual dan anak tempatan hanya melihat hasil kelapa sawit sambil duduk di tangga dan ramai pula lari ke malaya kerja di kilang-kilang yang lalu merempat dan wanitanya jadi GRO di jalan P Ramlee berhampiran kompleks Pertama dan inilah hadiah BN yang kononnya baik sangat. Yang kaya dan baik itu hanyalah keluarga BN/Kroni yang selau mendapat projek hasil anugerah.

Rakyat Sabah kena bangun dan semula membUka mata lebar-lebar agar jangan lagi mudah terpengaruh dengan kata-kata BN yang auta dan jelas mempersendakan orang sabah dan kenapa ini tidak kita fikirkan secara matang? Terserah kepada orang Sabah, kuasa di tangan kita semua dan kalau mahu juga Sabah jadi papa dan anak bumi merempat, maka unilah BN, tetapi jangan nanti menyesal dan menyesal kemudian sudah tentu tidak berguna.

Salam dari saya

ISMAILY BUNGSU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.