Keadaan kesihatan Mahathir yang tidak begitu membanggakan akhir-akhir ini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh Ezam untuk meneruskan kerja tidak habis Mahathir tersebut.
Baru-baru ini Mahathir dimasukkan ke hospital di Malborne, Australia kerana dijangkiti kuman. Kejadian itu berlaku selepas Mahathir pulang dari bertemu mesra dengan para penumpang keretapi di stesen keretapi di Pasir Mas atas anjuran sebuah NGO.
Mereka yang selama ini tidak pernah pekak telinga mendengar Mahathir menyerang dan membelasah Anwar terubat dengan kehadiran Ezam. Perlantikan Ezam menjadi senator antara lain tujuannya bagi meneruskan kerja-kerja Mahathir dalam kerajaan (baca Umno) secara rasmi. Itulah yang diharapkan kepada Ezam dengan perlantikan itu dan beliau berjaya memainkan peranannya. Ezam semacam menanggung pesaka pelesit Mahathir dalam membelasah Anwar.
Seorang penganalisa dari menara ganding pernah memberi pendapat mengatakan perlantikan Ezam itu membolehkan kebejatan Anwar akan dibawa langsung oleh Ezam ke dalam dewan senat! Katanya perlantikan Ezam itu dialu-alukan. Alangkah dangkalnya penganalisa berkenaan kerana telah mengharapkan Ezam terus membelasah Anwar daripada membawa idea untuk kebaikan ummah sebagai seorang anggota senat.
Ternyata harapan Umno kepada Ezam tidak sia-sia. Ealaun sebagai anggota senat sebanyak RM12,000 sebulan itu dimanfaat sepenuhnya seperti mana dikehendak Umno. Malam tadi di ceramahnya untuk menyelamatkan Selangor, Ezam untuk kesekian kalinya mengutuk bekas ketuanya itu. Kali ini beliau mencabar Pas supaya berjumpa dengan pembacuh kopi untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.
Tujuan Ezam cabar Pas, biarlah pembacuh kopi yang mendakwa dia diliwat Anwar itu menceritakan keadaan sebenarnya. Katanya, Pas sebagai sebuah parti Islam yang mempertahankan prinsip Islam dan keadilan wajar berbuat demikian dan tidak hanya mendengar penjelasan daripada Anwar atau pihak Anwar saja yang memutar belitkan cerita dan memital fitnah.
Saya bersetujuan dengan pandangan bakal MB Selangor itu. Tetapi apakah beliau sendiri telah melakukan keadilan dalam mempertahankan hal ini tanpa merasai tindakannya menzalimi dan menganiayaan mana-mana individi? Apakah beliau baru melihat keadilan dan keperluan itu setelah beliau mendapat jawatan senator? Apakah sebelum ini ketia beliau mengecam Mahathir dan juga Najib beliau sudah berdiri atas prinsip keadilan dan kebenaran? Apakah waktu itu Ezam tidak bermain politik?
Saya mahu bertanya kepada Ezam apakah dia telah berjumpa sendiri dengan Azizan Abu Bakar - bekas driver Wan Azizah yang telah membuat pengakuan diliwat Anwar dulu. Apakah beliau telah berjumpa sendiri dengan semua orang yang dibawa ke mahkamah atas dakwaan diliwat atau melakukan liwat bersama Anwar dan menginterviu mereka?
Semasam Ezam mempertahankan bekas bosnya dalam isu liwat Bahagian Pertama dulu, tidak pernah Ezam menjelaskan yang dia telah menemuramah semua mangsa-mangsa itu. Tidak ada pun cerita terkeluar dalam mahkamah atau tersebut dalam mahkamah yang beliau berunding dan berjumpa mereka seperti dalam kes liwat Bahagian Kedua ini.
Dalam kes liwat Bahagian Kedua ini Ezam telah menemuramah dan berjumpa dengan pembacuh kopi sehingga ke dini hari di Rawang. Selangor? Apakah pertemuan dengan pembacuh kopi itu beliau bukan saja menemuramah atau sebaliknya membuat dummy untuk memerangkap Anwar yang sudah dibencinya?
Apakah keadaan dan pendirian yang Ezam ambil waktu itu untuk mempertahankan Anwar hingga sanggup ke dalam penjara? Makanya hari ini Ezam tidak perlu mencabar Pas untuk menemuramah ataupun menyelak kain pelikat pembacuh kopi untuk melihat bagaimana keadaan lubang duburnya! Tidak perlu, tidak.
Terima kasih kepada Ezam yang berbuat begitu! Untuk mendapat bukti yang jelas beliau harus berbuat begitu. Kalau itulah yang berlaku maka jawatan senator yang diperolehi hari ini adalah hasil kesanggupan beliau melakukan kerja-kerja diluar kebiasaan dilakukan doktor itu, mengobek lubang dubur? Saya kata begitu kerana Ezam tidak hanya boleh mempercayai apa yang dikatakan oleh pembacuh kopi itu semata-mata tanpa beliau sendiri kena mengobek dan melihatnya. Mungkin dia sudah melaksanakan kerja maha penting itu maka itu beliau percayai apa yang didakwa.
Apabila Ezam menyuruh Pas berjumpa dengan pembacuh kopi, Ezam seolah tidak memahami rentak atau bahasa politik. Pas menyokong Anwar dari dulu hingga kini bukan kerana Anwar bersih atau tidak. Itu soal peribadi Anwar. Kalau Pas hendak mengambil kira kekotoran manusia politik Pas yang Islam seperti fahaman Ezam itu tidak harus menyokong sesiapa saja, hatta ahlinya sendiri.
Kenapa Pas boleh bersama orang bukan Islam dalam usaha untuk meraihkan sokongan? Kenapa. Begitu juga kenapa Ezam boleh berkawan dan menerima nasihat Nalakarupan? Bukankah persahabatan itu atas tujuan politik. Seperti mana Ezam membelakangkan soal keperibadian dan akidah ketika bersahabat dengan Nalakaruppan maka begitu juga Pas membelakangkan soal ketidak samaan akidah dengan rakan-rakannya yang lain.
Begitu juga terhadap penerimaan Pas terhadap Anwar. Kalau Ezam boleh bersekongkol dengan Nalakaurpaan (Hindu) kenapa tidak pula untuk Pas? Rasanya bersikap menjaga sejadah orang agar tidak senget baik, tetapi jangan pula sejadah kita langsung tersalah kiblat.
Tetapi dalam soal ini Pas menyokong Anwar kerana Anwar dapat membantu perjuangannya. Anwar menjadi kuasa yang mampu untuk menolak kuasa huduh dan mendapat kuasa baik. Atas prinsip matlamat menghalalkan cara - seperti mana juga Ezam lakukan Pas tidak perlu mempedulikan itu semua. Saya bersetuju dengan sikap dan pandangan Pas, atas landasan politik sekular yang didokong oleh prinsip 4C.
Kalau Ezam nak cabar Pas agar memastikan sejauh mana kebersihan dan ketulusan Anwar saya nak cabar Ezam pula. Sejauh manakah beliau meletakkan nilai kesucian dan kebersihan yang ada kepada Najib Razak dalam hal ini? Apakah Najib begitu kudus dalam pandangan Ezam. Apakah standard yang digunakan Ezam dalam soal ini? Lupakah Ezam kepada kritikan-kritikan dan hemburan beracun beliau terhadap Najib selama ini? Atau semuanya termansuh apabila beliau dilantik menjadi senator? Kalau itu sikap dan pendirian Ezam ianya sangat rapuh dan sama dengan 10 budak hitam dalam PKR yang pelahap dan lapar.
Bukan sahaja Najib bagaimana penilaian Ezam terhadap isteri Najib, Rosmah Mansor? Apakah bagi Ezam Rosmah lebih baik daripada Wan Azizah? Biarlah Ezam menjawabnya? Atas sisa pengormatan saya kepada Ezam sebagai tokoh politik muda elok beliau membetulkan semula dirinya yang kini jauh melencong. Percayalah cita-cita beliau untuk menjadi MB Selangor tidak akan tercapai dengan kaedah atau pendekatan yang dilihat kontras dengan manusia seorang Ezam yang dikenali ramai sebelum ini.
http://msomelayu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.