Followers

Monday, October 18, 2010

Edisi Pahang: Tindakan Pemuda UMNO Membakar Akhbar Sinar Harian Adalah Satu Perbuatan Bodoh Dan Biadap !



Kami sungguh terkejut melihat tindakan Pemuda UMNO yang bertindak membakar akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Satu tindakan "bodoh dan biadap" akibat rasa tidak puas hati itu yang dikatakan berpunca daripada artikel "Mahligai Kandang Kambing’"yang dilaporkan akhbar itu bertarikh 8 Oktober lalu.

Laporan mengenai kedaifan seorang pemuda bersama isteri dan tujuh anaknya di Kampung Ulu Luit, Maran dikatakan menyebabkan Pemuda UMNO cawangan itu "melenting dan tidak keruan". Sebelum ini, kami pernah mengkritik dan mempertikaikan peranan salah seorang wartawan Sinar Harian Maran yang dikenali sebagai "Liza" yang banyak menyiarkan artikel yang "berat sebelah". Terguran kami berasaskan, beliau tidak layak menjadi wartawan Sinar kerana dalam masa yang sama terlibat sebagai "orang kuat" Puteri UMNO Bahagian Maran.

Teguran tersebut dipanjangkan kepada pihak atasan dan difahamkan beliau sudar mengundur diri bagi menyambung pelajarannya. Sangkaan kami, Sinar Harian Maran banyak berpihak kepada UMNO dalam penyiaran beritanya. Kini, sudah terbalik apabila timbul isu di Kampung Ulu Luit itu. Pemuda UMNO cawangan terbabit pula menuduh Sinar Harian "tali barut PKR". Soalnya sekarang, benarkah Sinar Harian itu tali barut parti-parti tertentu?.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Lebih Rasional.

Kami juga amat tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri, Abu Jimi Samat (foto) selepas itu. Antara lain katanya ahli Pemuda UMNO di seluruh negeri dinasihatkan agar sentiasa bertindak rasional dalam segala tindakan yang diambil dan menggunakan alternatif perbincangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

"Tindakan demonstrasi dan membakar barangan adalah tindakan terakhir yang boleh diambil Pemuda sekiranya perbincangan yang dilakukan tidak dapat menemui jalan penyelesaian", katanya. Menurutnya, perkara yang timbul di kawasan berkenaan perlu diselidiki sedalam-dalamnya dan pihak terbabit perlu mengetahui pokok pangkal masalah yang timbul selain tidak memainkan isu politik dalam perkara yang dibangkitkan.

“Dalam hal yang berlaku di daerah Maran yang membabitkan Pemuda Cawangan Luit sememangnya mencetuskan sedikit kontroversi namun perkara ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak termasuk Pemuda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pihak media duduk berbincang mengenai masalah yang timbul. “Justeru, saya berharap agar pihak JKKK dan Pemuda yang tidak berpuas hati dengan permasalahan yang timbul agar menemui pihak media dan menyelesaikan masalah terbabit dengan lebih rasional,” katanya ketika diminta mengulas tentang perkara itu.

Tindakan Bakar Sinah Harian Agak Keterlaluan.

Tindakan Pemuda UMNO terbabit yang tergamak membakar akhbar Sinar Harian yang nyata bersikap "neutral, telus dan adil" selama ini adalah keterlaluan sebenarnya. Pembangkang juga ada mengutuk dan mengkritik akhbar terbabit. Tetapi tidak pernah sampai membakar akhbar itu. Bahkan, Sinar Harian berfungsi sebagai wadah informasi hairan pemimpin kepada rakyat.

Ia bukan akhbar yang didokong oleh UMNO mahupun PKR. Makanya, kenapa pemuda UMNO terbabit melatah dan tergamak berbuat demikian. Jika yang dibakar itu adalah akhbar lidah rasmi pembangkang seperti Suara Keadilan atau Harakah, mungkin itu tidak menghairankan kita. Namun, jika Sinar Harian dilakukan sedemikian rupa maka ianya jelas sekali menghina media terbabit dan sewajarnya dikenakan tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Sinar Harian boleh memboikot bahan berita dan maklumat pihak berkenaan daripada disiarkan kepada umum. Bukankah akhbar itu menjadi sumber berita terpenting buat rakyat sekarang ini jika dibandingkan dengan media arus perdana yang lain. Soalnya, apakah wajar Sinar Harian dipersalahkan kerana mengeluarkan berita panas seperti itu?. Mungkin jika akhbar pembangkang yang melaporkannya pasti dianggap sebagai satu ftinah.

Namun bila Sinar Harian yang berbuat demikian, inilah yang menyebabkan mereka bagai "cacing kepanasan" dibuatnya. Sepatunya dicari jalan penyelesaian yang terbaik mungkin, bukannya membakar media yang melapaorkan berita itu. Justeru itu, kami ucapkan syabas kepada Sinar Harian kerana berani dan terus tabah menyebarkan bahan berita dan masalah rakyat!

sumber : pahangdailyonline

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.