Terima kasih Zul - Kalau benda ni betoi sekalipun, tapi dah mai dari Zul Kulim, mampuih orang nak percaya. Lain la orang Umno yang dah sedia bengong... macam si Zul ni jugak... wakaka...
Zul Noordin dakwa PKR, DAP buat pakatan jamin dominasi Cina
Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 28 Okt – Zulkifli Noordin mendakwa wujud “kontrak rahsia” antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.
Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.
Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.
“Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah),” kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Wakil rakyat Bebas ini, yang satu ketika dahulu rapat dengan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam DAP dengan menyifatkan parti itu sebagai “parti dijangkiti elemen chauvinis” dan mendakwa ia bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.
“(Sekiranya PR mengambil alih kuasa) calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak. Dan, jika mereka menang (di negeri-negeri ini), mereka akan melantik menteri besar kalangan DAP untuk mengetuai negeri-negeri ini,” kata beliau lagi.
Zulkifli dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang lain, khususnya dari komponen PR, menafikan mereka adalah penyokong Barisan Nasional (BN), tetapi ucapan hari ini beliau senada pendirian Umno yang digunakan untuk menyerang PR sejak kebelakangan ini.
Kini, BN berhadapan dengan saingan komponen PR iaitu PAS dalam pilihan raya kecil serentak di DUN Galas dan PKR di Batu Sapi.
Bagaimanapun beliau tidak menyediakan sebarang butiran bagi memperkukuhkan dakwaan beliau dalam ucapannya, yang dipendekkan oleh Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar.
Terdahulu dalam ucapannya, Zulkifli berkata, rakyat Malaysia perlu diberi bimbingan semula mengenai rusuhan 13 Mei 1969 agar jiwa mereka boleh didedahkan siapa sebenar DAP itu.
“Apa yang mereka lakukan, ialah mereka memainkan paten sama mencetuskan pembencian kaum terhadap orang Melayu meskipun telah diberi amaran oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada berbuat demikian,” kata Zulkifli.
Menurut beliau, perdana menteri pertama itu memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan juga hak-hak orang Melayu.
“Dan, ini yang dilakukan oleh DAP sekarang,” kata Zulkifli.
Wakil rakyat itu juga mempertahankan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sambil menekankan, pembangkang telah salah petik kandungan ucapan itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.