Followers

Tuesday, October 19, 2010

Berita ini cuba disembunyikan bagi mengelakkan bajet gula-gula Najib rosak dan kurang ummmp!



FDI: Filipina telah mengatasi Malaysia ...memalukan !!

[SK] KUALA LUMPUR 18 Okt - Penurunan pelaburan langsung asing ke Malaysia sebanyak 81 peratus pada 2009 menyebabkan Filipina mengatasi negara dari segi FDI buat pertama kali dalam sejarah.

Mendedahkan situasi yang memalukan negara ini, Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asean yang mengalami aliran FDI negatif malah kepada Thailand yang mengalami kekacauan politik sepanjang tahun lalu namun masuh mampu menunjukkan peningkatan FDI antara 6.0 hingga 7.5 peratus.

Tambah Anwar, dikalangan negara Asean, prestasi kemasukan FDI Malaysia hanya lebih baik negara dunia ketiga seperti Kemboja, Burma, Laos, dan Timur Leste. Singapura pula dijangka menikmati perkembangan daripada 13 hingga 15 peratus iaitu dua kali ganda melebihi Malaysia, dan China pula mencatat pertumbuhan 9.9 peratus.

"Indonesia yang tidak mengalami pengucupan pada 2009 mendapat pertumbuhan sebanyak 6 peratus, lebih dari pertumbuhan yang dijangka dicapai oleh Malaysia kerana pertumbuhan Malaysia yang relatif kepada pengucupan pada tahun lalu lebih lemah dan lembab daripada Indonesia," kata Anwar semasa berucap di Dewan Rakyat dalam perbahasan Belanjawan 2011.

Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional menangani keperluan pengolahan pengurusan ekonomi negara dijangka hanya mencatatkan pertumbuhan FDI sebanyak 7 peratus bagi tahun 2010 dalam keadaan di mana perdagangan dunia meningkat sebanyak 11.4 peratus berbanding pengucupan sebanyak 11 peratus tahun lalu.

Anwar menjelaskan laporan terbaru World Investment Report 2010 menunjukkan ketidak yakinan pelabur dalam ekonomi negara.

"FDI Malaysia merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada 2009, berbanding Thailand yang mendapat RM19.01 bilion dan Indonesia pada RM19.08 bilion.

"Ini menunjukkan kemasukan FDI yang paling rendah sejak 20 tahun lalu, selain pada tahun 2001 di mana negara mencatat FDI RM1.54 bilion," tegas beliau lagi.

Katanya lagi, laporan Bank Of Amerika Meryll Lynch yang terbaru juga menunjukkan Malaysia gagal muncul dalam 10 destinasi terbaik kemasukan FDI bagi 2008 dan 2009 tetapi dikategorikan sebagai pasaran paling kurang diminati pelabur.

Sehubungan itu, Anwar menekankan peri pentingnyapengurusan dan urus tadbir yang baik dan cekap, bersih daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, kronisme, meningkatkan keupayaan dan daya saing, serta menekankan isu ketidak pedulian terhadap nasib rakyat Sumber

Dicatat oleh Briged Akhdor LR2

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.