Followers

Sunday, October 17, 2010

BAJET NAJIB MENJAMINKAN BAHAWA HARGA BARANG AKAN TETAP NAIK TAHUN DEPAN ?

Membaca butir-butir penting dari Belanjawan Najib Tun Razak, saya terfikir satu perkara yang sangat-sangat penting untuk diperkirakan: Di manakah Najib Mahu Mencari Wang Untuk Membayar Perkara2 Di Dalam Belanjawan Beliau?

Setahu saya, negara Malaysia "berhutang" (baca: defisit) di dalam tiap-tiap belanjawan semenjak 1997. Sehingga hari ini, hasil dari belanjawan "kurang duit" selama hampir 15 tahun berturut-turut, hutang kerajaan Malaysia telah mencecah hampir 54% dari hasil negara. Ini mengikut laporan rasmi Bank Negara.

Pada waktu yang sama, pelaburan asing yang masuk ke Malaysia juga adalah terlampau rendah. Tahun 2007, Filipina dapat menarik lebih banyak pelaburan berbanding Malaysia.

Sekali lagi saya tanya: DIMANA NAJIB HENDAK CARI DUIT BAGI PROJEK2 DI DALAM BELANJAWAN BELIAU?

Jawabnya mudah: CETAK DUIT LAGI.

Hutang Malaysia yang semakin lama semakin meninggi ini adalah disebabkan selama lebih 15 tahun, kerajaan UMNO/BN menjalankan projek pembangunan dengan wang baru yang MEREKA CETAK.

Kesan dari mencetak wang yang berlebihan ini, harga barang di Malaysia semakin lama semakin naik.

Dan, oleh kerana wang yang dicetak ini majoriti pergi kepada kroni dan UMNOPUTRA, maka gaji dan pendapatan majoriti rakyat Malaysia TIDAK NAIK.

Dalam negara yang sehat dan korupsi minima seperti Norway, apabila kerajaan meeka mencetak wang lebih, rakyat mereka rata-rata akan menikmati pendapatan serta gaji yang lebih juga. Kerajaan biasanya mencetak wang yang lebih kerana memenuhi keperluan ekonomi yang sedang berkembang itu.

Kerajaan UMNO mencetak wang kerana mahu mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. CUba tanya, projek Menara Kuala Lumpur dalam Belanjawan Najib itu siapa yang menang kontraknya?

Kita rakyat Malaysia lah yang akan menanggung beban kos hidup yang semakin tinggi serta gaji yang sentiasa rendah dan tidak menaik.

Kroni dan UMNOPUTRA pula semakin lama semakin kaya. Rakyat Malaysia semakin kayap.

TUlang Besi

Sedar atau tidak, setiap kali belanjawan, harga barang akan naik. Ini kerana

Ikutilah kenyataan Anwar Ibrahim berkaitan Belanjawan Najib yang baru ini:

Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional hanya prihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya pilihan raya.

"Nampaknya Umno BN hanya prihatin kepada rakyat hanya menjelang pilihan raya.

"Bajet ini nampaknya menjurus kepada pilihan raya. Ada beberapa kemudahan yang ditambah menjelang pilihan raya.

"Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan .

"Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan.

"Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

catatan: malaysiawaves

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.