Followers

Saturday, October 16, 2010

BAJET 2011 : NAJIB YAKIN UMNO/BN KALAH PRU? - Ini gula-gula UMNO/BN



Membaca berita yang berbicara tentang bajet 2011, hati kecilku terus bertutur, "malam tadi, mungkin rosmah 'racun' kepala najib pasal projek dia kot. tu yg tak pasal2 ucapan akhir bajet najib tadi, disebut secara khusus projek rosmah itu tanpa disebut nama isterinya yang disayangi".

Antara yang menarik tentang bajet ini adalah;

Pertama,

Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

Komen,

Ini adalah galakkan kepada Ketua UMNO cawangan agar bekerja keras untuk PRU akan datang.

Kedua,

Dalam bajet, dinyatakan bahawa RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

Komen,

Ini adalah usaha pertama untuk menaikkan semangat Kontraktor UMNO melabur untuk UMNO dalam berhadapan dengan PRU akan datang.

Pun begitu, walau 6.9 b diperuntuk untuk Infra, ia tidak bermakna kontraktor UMNO mesti menaruh keyakinan untuk melabur kepada UMNO untuk PRU akan datng. ini kerana, gambaran umum bajet 2011 ini membuktikan bahawa najib tidak yakin lagi bhw dia akan kekal sbgi PM selepas PRU...

Ketiga,

Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.

Komen,

Ini mengembirakan para penshoping. apa khabar Rosmah. Apa agaknya rosmah goreng kat najib sebelum bajet ini dibuat yer??

Antara kesimpulanku adalah seperti berikut;

Pertama;

Bajet 2011 membuktikan Najib sudah hilang keyakinan untuk merampas 4 buah kerajaan Negeri PR, malahan ia juga terpaksa menipu dirinya bahawa UMNO/BN akan jatuh pada PRU akan datang....

Kedua:

Kelihatan orang yg terlibat dalam menyiapkan bajet mendapat keuntungan dalam bajet 2011.... cuba siasat, siapa yg siapkan bajet najib ini...

Ketiga:

Bajet tok batin naik dari RM 450 kepada RM 800... wah ini usaha menarik pengaruh di sabah dan serawak... Batu Sapi apa khabar??

Keempat;

Dapat sms kata, "seluar dalam telah dimansuhkan cukai"... bajet ini tidak adil, kerana memberi keuntungan kepada mereka yang pakai seluar dalam sahaja.... apakah kerajaan tidak memikirkan hak mereka yang tidak pakai seluar dalam??? hahahahaha...

Kelima:

Bajet 2011 bukan bajet PRU, kata Muhyiddin. apa motif Muhyiddin kata macam tu?? jeng jeng...jeng

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh16 Oktober 2010 * 1:38 pagi Dicatat oleh Al-Bakistani 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.