Followers

Saturday, September 4, 2010

SIAPA SAJA MENERAJUI PDRM - TETAP TUNDUK PADA UMNO !


Tukar KPN, PDRM Masih Tunduk Kepada Umno BN

Raudhatul Jannah Jalidar

SHAH ALAM 4 SEPT: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan menyifatkan penukaran Ketua Polis Negara (KPN) sahaja, belum mampu memastikan institusi kepolisan benar-benar bersih dari pelbagai imej buruk yang terpalit selama ini.

Bagi Arulchelvan, Musa Hassan seharus berundur lebih awal berikutan rekod jenayah ketika pentadbirannya, menjadi-jadi, selain turut berdepan pelbagai tuduhan salah guna kuasa yang gagal dijawabnya dengan menyakinkan.

"Hanya dengan tukar jawatan KPN tidak bermakna pasukan polis akan berubah," tegas beliau kepada TV Selangor.

"Memang ada banyak desakan untuk Musa Hasan letak jawatan, kita alu-alukan peletakan jawatan beliau. Tetapi dari segi untuk mereformasi PDRM ini, kita rasa 125 cadangan yang dibuat suruhanjaya diraja itu harus dilaksanakan, terlebih dulu," katanya.

Kebimbangan masyarakat umum terhadap sikap berat sebelah dan wujud elemen keganasan, dikatakan bertitik tolak daripada masalah institusi polis, masih dibelenggu telunjuk pemimpin Umno BN

"Masalah pokok ialah PDRM mengambil arahan terus dari Menteri Dalam Negeri. Jika tiada kebebasan, selagi itu kita menghadapi masalah," katanya.

Pengunduran jawatan itu bukan tidak seharusnya bermakna Musa Hassan terlepas dari sebarang pertuduhan, bahkan siasatan harus dijalankan bagi membersihkan nama beliau.

"Kes yang melibatkan beliau, harap disiasat. Tidak bermakna peletakkan jawatan, dia terlepas daripada tuduhan. Persoalannya sama ada pengganti Musa Hassan ada kewibawaan untuk ambil tindakan terhadap Musa Hassan?"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.