Followers

Friday, September 3, 2010

PERBEZAAN ORANG BODOH DAN ORANG PANDAI ! - HUSIN TEMPOYANG

Orang bodoh pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar tapi berlagak macam org banyak duit. Orang pandai pakai credit card tapi orang lain bayarkan!

Orang bodoh ada moto tapi pergi kerja naik LRT. Mungkin kes suka 'bergesel'la ni ... Orang pandai tak ada moto, tak ada kereta, tak ada LRT tapi ada otak. Dia tumpang kereta or motor kawan.

Orang bodoh pergi minum berbayar di kafetaria, walaupun majikan sudah sediakan nescafe, milo, biskut dan lain-lain di pantry. Orang pandai tak minum di cafeteria dan minum nescafe, milo, biskut dan lain-lain yang disediakan majikan serta siap bawa balik rumah.

Orang bodoh beli suratkhabar untuk tengok nombor ekor dan buang saja lepas itu. Orang pandai tunggu kaki ekor bodoh buang suratkhabar untuk baca, lalu kumpul banyak-banyak untuk jual kat orang surat khabar lama.

Orang bodoh kentut kuat-kuat di opis tapi bangga dengan bau busuknya. Orang pandai kentut diam-diam, takde bunyi tapi baunya na'uzubillah ... lepas itu salahkan orang bodoh yang kentot kuat.

Orang-orang bodoh ada masalah memahami cerita jenaka orang-orang pandai. Orang-orang pandai perlu ramai-ramai beri faham pada orang-orang bodoh bahawa tindakan mereka itu bodoh macam baghal.

Tak kiralah orang-orang bodoh itu ada pelajaran tinggi; gelaran Dato atau Tan Sri-Tan Sri; pergi kerja dihantar driver; dan pegang jawatan tinggi macam CEO TNB, Peguam Negara, atau Pengerusi SKMM. Kalau sudah bodoh, akhirnya akan buat tindakan bodoh ...

Yang luluskan undang-undang bodoh macam Akta SKMM di Parlimen pun sama orang-orang bodoh pakai kot. Sekarang punya "chief" orang-orang bodoh itu Nazri Aziz.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.