Melucukan: Isu Tipu Jual Beli Hasil Kelapa Sawit, Terkejut Saman RM200 Juta Tiba-Tiba Yusof Noor Umum Felda Dapat Sijil Kononnya Mereka Terbaik
Lucu benar melihat keletah Felda sekarang ini. Jika dulu pahlawan mereka ialah si Ahmad Maslan. Kini Menteri UMNO itu terduduk dan tergamam, bila mana melihat begitu ramai peneroka menyaman mereka sebanyak RM200 juta akibat tidak berpuas hati atas dakwaan mereka terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Akibat terkejut dengan tindakan saman tersebut, maka hari ini tiba-tiba pula Pengerusi Felda Si Yusof Noor mengumumkan bahawa Felda menjadi agensi pekebun kecil pertama di dunia mendapat Sijil Meja Bulat Sawit Mapan (RSPO) pada 22 Jun, tahun ini. Sambil melahirkan rasa bangganya dengan penerimaan sijil itu, beliau berkata, bukan mudah untuk mendapatkan sijil RSPO memandangkan ia perlu mengikut pemeriksaan protokol ketat dan ia dinilai oleh penilai berdasarkan kepada prinsip dan kriteria yang ditetapkan oleh RSPO pada November 2007. "Sijil RSPO ini merangkumi dua kompleks kilang sawit iaitu Kilang Sawit Kota Gelanggi 1 dan Kilang Sawit Lepar Utara 6 di Pahang dan 11 rancangan yang menghantar hasil sawit ke kilang ini. Kesemua ladang yang terlibat melibatkan keluasan 22,268 hektar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penyerahan Sijil Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) di Dewan Merak Kayangan, bangunan Felda di sini hari ini. Soalnya sekarang benarkah sijil itu diperolehi oleh Felda atau sijil yang terpaksa "dibeli" untuk "menegakkan benang yang basah" dan menyelamatkan keadaan. Masalahnya, majoriti peneroka Felda di seluruh negara tahu dan mempunyai bukti tentang penipuan Felda ini. Maka, bagaimanakah mereka tiba-tiba boleh mendapat sijil tersebut sebenarnya.[Satu kemusykilan lagi, kenapa baru sekarang perkara itu diumumkan dan majlis diadakan secara mengejut?. Semua ini menimbulkan keraguan dan menunjukkan yang Felda kini tertekan dengan satu persatu pendedahan yang dilakukan oleh para peneroka itu sendiri. Jika sebelum ini, mereka marah campur tangan orang luar terhadap pentadbiran Felda, kini mereka begitu terasa apabila peneroka sendiri membuat tindakan mengejut itu. Soalnya, kenapa Ahmad Maslan menyepi tentang isu saman RM200 juta itu agaknya?.
Apakah beliau kini dipersalahkan kerana cuba menakutkan peneroka itu gamaknya. Umum mengetahui bahawa Yusof Noor antara individu yang bertanggungjawab melingkupkan Felda. Lihat sahaja Hotel Felda yang didirikan di Kuala Terengganu itu. Sekadar mahu kaut untung singkat tapi kehadiran pelanggan amat memalukan. Inilah dia kerja puak-puak yang kononnya membela rakyat sejak dulu, kini dan selamanya].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.