Followers

Saturday, August 14, 2010

PKR dakwa pendapatan Pengerusi Felda RM2 juta, cabar Yusof nafi

Seorang Pemimpin UMNO Belasah Wang Felda RM2 juta Setahun


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.

Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.

Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

“Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau (Yusof).

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun.

“Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata beliau.

Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun.

Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811,140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia. -TMI

2 comments:

  1. Dah banyak dakwaan terhadap Felda dibuat oleh PKR.Tunggulah jawapan Felda dalam samannya terhadap Suara Keadilan dan kepimpinan PKR.Rasanya Yusof Noor boleh jawab..nanti kena jawab juga..

    ReplyDelete
  2. Dah lama isu Felda ni dijaja oleh PKR. Tetapi masih belum ada kedengaran langkah konkrit yang sedang di ambil oleh umno celaka ni.Cuma umum nak bagi macam-macam elaun adalah......lepas tu cuma ugut-ugut nak saman tapi belum saman lagi.

    Macamana reaksi Tan Sri kita tunggulah...terpaksa ambik masa sikit maklumah umur pun subsidi letih juga nak jawab.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.