FDI Malaysia tertinggal 20 tahun ke belakang – Ku Li
KUALA LUMPUR: Pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia kini dikatakan ketinggalan jauh 20 tahun ke belakang berbanding negara lain di Asia Tenggara disebabkan kegagalan kepimpinan generasi sekarang membawa negara ini ke arah pembangunan negara.
Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perkara ini dibuktikan apabila aliran modal ke luar negara mencecah sehingga AS$8.04 bilion pada tahun lalu berbanding perolehan jumlah aliran masuk FDI yang hanya mencatatkan AS$1.38 bilion.
Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Pelaburan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu, Ku Li berkata situasi ini menyebabkan negara kita juga ketinggalan berbanding Thailand dan Indonesia, dan meletakkan Malaysia setaraf dengan Kemboja dan Myanmar.
Beliau berkata, "buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia menarik DFI kurang dari Filipina dalam tahun 2009. Filipina menarik AS$1.95 bilion berbanding Malaysia AS$1.38 bilion."
"Meskipun Thailand menghadapi rusuhan di bandaraya Bangkok tetapi berjaya menarik FDI lebih dari Malaysia. Indonesia dan Vietnam secara konsisten jauh meninggalkan kita," katanya ketika berucap di Sidang Kemuncak Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke 4 di sini semalam.
Pemimpin veteran Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, "Saya bukan menentang pelaburan ke luar negara. Ia boleh menjadi perkara yang baik untuk negara ini. Tetapi ketidakseimbangan dalam trend pengaliran keluar modal, bukan masalah pelaburan ke luar negara semata-mata."
Ketidakstabilan ekonomi membimbangkan
Beikutan situasi ini, Ku Li turut membayangkan tentang ketidakstabilan ekonomi yang kini berada di tahap yang membimbangkan, ditambah dengan situasi politik negara yang tidak sepenuhnya telus.
"Malah kekayaan dan keuntungan hasil bumi yang dimiliki negara turut dikaut oleh individu yang berkepentingan sejak 25 tahun lalu," katanya.
"Berbilion ringgit telah diangkut keluar dari negara ini dan berbilion ringgit lagi diseludup keluar ketika keseluruhan sistem politik kita runtuh.
"Kamu dilahirkan dalam sebuah negara yang mempunyai kekayaan sumber alam yang banyak, baik budaya dan sosial. Kita telah menghakis kekayaan ini dengan rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan, dengan penipuan, mereka-reka cerita dan pencurian.
"Kita mempunyai ahli-ahli politik yang tidak sanggup dan tidak mampu menangani isu-isu kritikal yang kita hadapi hari ini kerana mereka telah menjadi gemuk dan selesa dalam suatu sistem yang dibentuk berdasarkan penipuan dan pencurian," ujar beliau.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.