Followers

Thursday, August 26, 2010

Peguam Negara TS Ghani Petail berkata : "TIDAK ADIL MEDIA MENYALAHKAN PEJABAT SAYA" !

Video DPP 'Cekik Diri Sendiri' Dimuat-naik
  • Pejabat peguam negara akhirnya memuat-naik klip video terbaru inkues pada 18 Ogos lalu yang diadakan bagi menentukan punca kematian pegawai politik DAP, Teoh Beng Hock.

  • Klip video itu dimuat-naikkan pada jam 3.41 petang itu, iaitu selepas lebih seminggu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tampil menyambung keterangan.

  • Memakan masa lebih tiga jam, fail video ini berukuran 805 MB dan boleh dimuat-turun dari laman sesawang pejabat peguam negara.

  • Pada inkues itu Pornthip terus mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi.

  • Sebaliknya Abdul Razak mendakwa keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya.

  • Selain mempertikaikan kelayakan Pornthip, Abdul Razak juga menyoal sama ada ahli patologi Thailand itu pernah melompat dari bangunan dan kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya.

  • Beliau juga membuat demonstrasi menunjukkan bagaimana seseorang boleh mencekik diri sendiri sambil digelakkan oleh mereka yang menghadiri perbicaraan itu.

  • Semalam, ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan video berkenaan membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali.

  • Ketika dihubungi, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pejabatnya menghadapi masalah teknikal dalam memuat-naikkan video berkenaan.

  • Katanya, mahkamah Shah Alam telah menyerahkan sesalinan video yang tidak boleh dimainkan dan mereka terpaksa mendapatkan salinan yang baru hari ini.

  • "Tidak adil bagi kamu (media) menyalahkan pejabat saya kerana memihak. Semua ini tidak benar,” katanya.

  • Selepas didedahkan oleh Lim, Abdul Gani berkata beliau terus menghubungi pegawai yang bertanggungjawab dan langkah-langkah telah diambil bagi memastikan klip video itu dimuat-naikkan secepat mungkin.

  • Katanya di sebalik masalah teknikal itu, pejabat peguam negara bertekad untuk mengheret lebih ramai penjenayah ke muka pengadilan seperti dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan beberapa kes lain.

  • "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Izinkan saya jalankan tugas saya,” katanya.

  • Berikutan bantahan orang ramai yang mempersoalkan integriti inkues yang dijalankan, Abdul Gani berjanji pada permulaan perbicaraan pada Julai tahun lalu bahawa semua yang berlaku akan dirakamkan untuk tontonan umum.-malaysiakini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.