Rakan bloggers di Pulau Pinang telah memberi mukamidah yang sangat pedih tetapi niatnya baik iaitu untuk menyedarkan UMNO Pulau Pinang supaya bangkit dan ' berperang' dengan lebih signifikan.
Dalam masa yang sama, M.I.M faham dengan keresahan dan ketidakpuashatian rakan-rakan bloggers Pulau Pinang yang telah mengkritik hebat sesetengah pemimpin UMNO dan juga Pemuda UMNO Pulau Pinang kerana MIM pun berfikiran yang sama.
Tetapi bukan semuanya. Masih ada pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang yang buat kerja mereka.
Yang perlu kita tahu ialah UMNO adalah parti pembangkang di dalam Pulau Pinang. Makanya pemikiran dan perang saraf UMNO mestilah seperti pembangkang tetapi kebanyakan gerak kerja parti masih berada di tokok lama seolah-olah UMNO masih lagi memerintah negeri Pulau Pinang.
Banyak program UMNO masih berbentuk exclusive kepada ahli-ahli dan bukannya inclusive melibatkan rakyat keseluruhannya.
Tetapi, apakah sesetengah kepimpinan UMNO Pulau Pinang terutamanya sayap Pemudanya akan bangun atau sekadar bersuara melenting apabila ada pihak menegur mereka dan selepas itu mereka akan tidoq kembali?
Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh mereka yang terasa pedasnya.
MIM juga mendapat maklumat bahawa masih terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa blog dan lain-lain saluran maklumat alam siber tidak penting dan tidak perlu diperkuatkan.
MIM tahu siapa mereka itu tetapi apakah perlu didedahkan satu persatu?
Ini bukan satu ugutan tetapi teguran sihat dan buat ketika ini MIM berpendapat cukuplah sekadar mengingatkan mereka itu supaya jangan bermain dengan api.
Pemikiran dangkal seperti itu juga merupakan salah satu daripada petanda yang menunjukkan beberapa pemimpin UMNO negeri dan sayapnya masih tidak sedar diri walau pun DS Najib Tun Razak, Presiden UMNO sendiri telah berulang kali memberi amaran tentang kepentingan blog dan alam siber di dalam strategi penangkis dan mengempur pihak lawan.
Mungkin mereka ini tidak merasa lagi penangan dan damage yang boleh dilakukan oleh para bloggers yang mempunyai satu jaringan siber yang sangat besar jumlah pembacanya.
Tetapi M.I.M berharap tidak ada yang berani mencuba walau secubit sekali pun kerana impaknya sangat teruk! Apa yang berlaku tiga hari lepas hanyalah sebahagian kecil daripada kemampuan sebenar bloggers Pulau Pinang.
Apa-apa pun, UMNO negeri dan sayap-sayapnya perlu lebih vokal dan memperhebatkan lagi strategi mereka di Pulau Pinang. Itu yang paling mustahak.
Gandingan bloggers dan UMNO Pulau Pinang terutamanya Pemuda negeri, perlu diperkemaskan. Terimalah bloggers sebagai salah satu instrumen penting di dalam psywar parti dan sahutlah isu-isu yang ditulis di dalam blog.
Realitinya, bloggers berjuang setiap hari di alam siber tanpa pembelaan sesiapa pun.
Dalam hal persefahaman ini, MIM percaya ada 'cahaya di hujung terowong' kerana kita berjuang di atas satu platform yang sama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.