Followers

Tuesday, August 24, 2010

"Orang Islam boleh laksana hudud" : YB Dr. Tan Seng Giew Naib Pengerusi DAP


Ada Juga Pemimpin DAP Setuju Pelaksanaan Hukum Islam

  • Alhamdulillah..syukur..Ada Pemimpin DAP yang berpijak di bumi nyata. Yang suruh orang islam laksana hukum hudud untuk umat islam sahaja. Memang ini yang kita mahukan sebagai hak asasi umat islam
  • Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giew
  • SHAH ALAM – DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.
  • Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.
  • "Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.
  • "Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
  • Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.
  • Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.
  • "Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.
  • Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa.

sumber : justice for all





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.