Followers

Monday, August 16, 2010

Harussani Mengesahkan Keujudan PERLEMBAGAAN BARU ?


Maha Benarlah Kata-kata Mufti Perak itu!

No Komen dengan Mufti Melayu ni..
No komen.. No komen... No Komen..
Hidup melayu!
sunsnake16082010

IPOH 16 Ogos - Mengejutkan! Sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, hari ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

''Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.

''Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya pada wacana tersebut di sini, hari ini.

Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.

-Melayau

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.