Followers

Saturday, August 21, 2010

Ezam telah salah cara berpolitik - EZAM MASIH PERLUKAN ANWAR ?

Salam semua...Secara peribadinya Pak Long rasakan, Ezam telah salah cara dalam berpolitik la. Bukan salah sikit sikit ni, salah besaq.

Banyak cara lain Pak Long tengok yang dia boleh buat, tapi pasai apa dia nak bergantung kat Anwar jugak. Awat, kalau tak dak Anwar dia tak boleh hidup ka? Kalau tak sebut nama Anwar sehari, politik dia hancus ka? Malu la sikit, dah besaq panjang dan dah lompat kembali ke lubuk Umno pun masih nak bergayut kat Anwar jugak? Ya laa, kalau dulu bergayut sambil urut janggut Anwar tapi la ni masih bergayut jugak tapi dok kencing kepala Anwar.

Budak Ezam ni boleh apa, kalau nak buktikan PKR itu salah dan diwaktu yang sama bagi la hujah hujah bernas hang pasai apa hang kata Umno tu baguih dari PKR. Bukan kerja melondeh orang dikhalayak ramai.

Budak Ezam ni mungkin ingat apa yang dia buat tu betoi dah bila tengok orang Umno dok tepuk tangan. Woii Ezam, Umno tu gila, hang naik pun depa tepuk, hang jatuh pun depa tepuk. Silap silap kalau jatuh tepuk ngan ketuk lagi hang dapat.

Jadi Pak Long setuju tindakan budak Shamsul ni yang buat laporan kat JAWI tu. Kita tengok panglima Umno baru ni handalnya setakat mana. Kalau dia betoi, buktikan saja tuduhan liwat yang diletakkan kat Anwar tu bersumpah dalam mahkamah syariah berserta empat orang saksi, buktikan dakwaan dia betul.

Lagi satu Pak Long nak cabar gak budak budak AMK tu. Hangpa jangan dok cekak pinggang saja dok tengok dari jauh. Mai sini, kampung hangpa orang dah serang nuuu....

Hangpa anak muda dok buat apa? Buat bodo saja ka...

Wassalam...

Sumber: Pak Long

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.