Followers

Tuesday, August 31, 2010

'Bos SYABAS Berdendam Dengan MB Selangor'


Exco kerajaan Selangor Teresa Kok membidas presiden Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail kerana mendakwa negeri itu telah meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Dalam satu kenyataan yang keras hari ini, beliau berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Sabtu lalu, Rozali dilaporkan berkata, Selangor tidak pernah memberi ruang kepada dewan tersebut untuk membincangkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan pembangunan ekonomi mereka di Selangor.

Bagaimanapun, kata Teresa, dewan tersebut pernah dijemput menghadiri majlis dialog bajet tahunan negeri pada 26-27 Julai, tetapi mereka tidak muncul.-

MALAYSIA KINI

1 comment:

  1. Aku rasa kau perlu perhatikan tindakan Teresa and the DAP geng in Selangor. Apa yang Rozali sebut ada asas.

    Teresa cuba main secara kotor dan halus untuk terus meminggirkan badan ekonomi Melayu yang berkredibiliti dan dalam majlis tersebut Teresa dah membentuk satu lagi majlis lain yang dikawal olehnya bagi menjana ekonomi Selangor. Of course, semua mereka yg terlibat dlm majlis baru itu dianggotai oleh org2 mrk.

    Bagi mengelakkan isu tersebut, Teresa terus alihkan isu ini kepada sentimen peribadi antara Khalid dan Rozali mengenai isu air pula.

    U see mcm mane Teresa berpolitik. Utk elakkan dia diserang, dia alih isu kpd pihak lain!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.