Alahai UMNO - Doa untuk Kamalanathan - HALAL..Doa untuk Lim Guan Eng - HARAM
- Penulis Tamu - rahim othman,
- Taik cicak jatuh ditepi sejadah LALU DIHEBAH DAN DIHEBUH KESELURUH KAMPONG
- Kisahnya bermula apabila ada beberapa khatib telah membaca khutbah mendoakan Lim Guan Eng agar diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam. Menurut ceritanya hal ini dah berlaku sejak dua tahun dulu. Entah macammana agaknya tiba-tiba UMNO terjaga dari mimpi ! , lalu cuba melakukan sesuatu…
- Juak-juak UMNO ini telah menambah sedikit ramuan supaya isu tersebut jadi lebih besar. Padahal ia tak sepatutnya jadi isu pun,,.. ibarat taik cicak jatuh di tepi sejadah,..atau pun di atas sejadah,…perkara biasa. Tak kan ada seorang jemaah pun yang akan buat kecoh. Biasanya jemaah yang ternampak taik cicak itu akan mengambilnya dan buang keluar tingkap! Habis cerita. Kadang-kadang kalau tak ada siapa yang nampak, akan keringlah taik cicak itu. Semua jemaah tahu! bahawa sembahyang mereka tak kan batal.
- Kita berbalik kepada ramuan tadi. Apa ramuan yang ditokok tambah itu ??.... Biasa lah,..semua orang dah tahu. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kononnya telah membuat arahan supaya nama Lim Guan Eng dimasukkan dalam khutbah Jumaat menggantikan nama Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan.Huh! beraninya ! Agong nak dipermainkan!! Apa ni! Bodoh sangatkah orang Pakatan Rakyat ni?.... Haa, itu lah!... yang menuduh tu memang tak ada akai!!
- Rasanya semua orang Melayu yang beragama Islam, yang waras otak, yang sihat akal,,.. tak kan percaya dengan tuduhan sebegitu rupa. Cuma orang-orang UMNO yang tak cerdik saja yang mempercayainya.
- Kita balik sekali lagi kepada cerita doa tadi…..Menurut Ustaz Zakaria Ahmad salah seorang khatib yang mendoakan Lim Guan Eng,, tujuan doa itu ialah meminta Allah memberi hidayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya memeluk Islam. Menurutnya lagi perkara itu sudah dua tahun dilakukannya. Kenapa tiba-tiba UMNO mengigau? Kenapa sekarang nak dijadikan isu!?Wahai bapak-bapak penasihat UMNO! Wahai ulamak-ulamak UMNO, wahai imam-imam muda UMNO !! Tolonglah !.. Ajarlah !. Tarbiahlah! Didiklah pemimpin-pemimpin UMNO anda supaya mengenali, menghayati dan meng’amalkan ajaran Islam yang sebenar. Selama ini mereka dilihat sangat lemah lagi lembam. Tindak-tanduk mereka sering nampak bodoh ! tapi berlagak pandai. Kita sebenarnya rasa amat malu ,,…kerana orang bukan Islam pun sedang mentertawakan mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.