YB AZMIN ALI, Adun Bukit Antarabangsa merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Selangor di dalam sidang Dun Selangor hari ini telah menegur kerajaan negeri di dalam menguruskan kewangan. Beliau yang juga Pengerusi PKR Selangor yang baru dilantik kelihatannya seperti Ketua Pembangkang di Selangor di dalam membahaskan usul Rang Undang-Undang Bajet Tambahan yang bernilai RM 186 juta.
MB Selangor tentunya amat bertuah memiliki Adun seperti beliau yang sentiasa peka dan prihatin di dalam hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor. Sikap ini amat berlainan dengan Adun-Adun dari Umno/Bn yang kebiasaannya menjadi Pak Turut kepada MB mereka. Tidak menghairankan sekiranya sikap YB Azmin ini akan dijadikan peluru atau modal oleh Umno untuk menunjukkan kununnya YB Azmin tidak sehaluan dengan MB Selangor, Tan Sri Khalid.
Kita merasa lega jika sikap ini ada kepada semua Adun di dalam kerajaan negeri yang diperintah oleh PR. Kita sudah jemu dan bosan dengan perangai Adun Umno yang hanya menjadi `burung Tekukur' atau `burung Belatuk' yang hanya tahu mengangguk sahaja. Jika ini diamalkan oleh Adun-Adun dari PR, nescaya rakyat akan menilai diri mereka tidak ubah seperti Adun dari Umno. Istilah `cari makan' atau pengampu seharusnya tiada di dalam diri Adun-Adun dari PR.
Teguran YB Azmin yang mahukan kerajaan negeri lebih berjimat cermat agar tidak menjadi belanjawan kerajaan negeri sebagai belanjawan defisit. Jumlah yang dikatakan tinggi hanya untuk satu-satu majlis kerajaan negeri juga ditegur oleh YB Azmin. Beliau juga mahukan agar Majlis Tempatan atau Pejabat Daerah dilibatkan di dalam menguruskan keperluan bagi mengadakan majlis anjuran kerajaan negeri. Jika ini dipraktikkan, maka perbelanjaan mungkin dapat dijimatkan. Teguran ini amat baik untuk diperhatikan oleh MB Selangor agar kita boleh membuktikan bahawa walaupun Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang kaya raya, tetapi kerajaan di bawah PR tidak boros menggunakan wang rakyat.
Tidak dapat dielakkan bagi mereka yang sememangnya ingin melihat Kerajaan PR Selangor tumbang, mereka akan menggunakan isu ini untuk menunjukkan kununnya YB Azmin gila kuasa dan mahu menjatuhkan MB Tan Sri Khalid. Pasti mereka akan menyebut YB Azmin masih tidak puas hati apabila MB Tan Sri Khalid terus dikekalkan sebagai MB. Ini merupakan provokasi jahat untuk meranapkan impian kerajaan negeri yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan bertanggungjawab.
Sesebuah kerajaan yang ikhlas membela nasib rakyat dan ingin maju, mereka tidak perlu kepada Adun-Adun pencacai dan pengampu. Mereka perlukan Adun-Adun yang berani bukan sahaja membela ketua mereka tetapi berani untuk menegur ketua mereka. Mudah-mudahan Kerajaan PR Selangor terus mantap di bawah MB Tan Sri Khalid dan juga di bawah Pengerusi PKR YB Azmin./wfauzdin.blogspot.com

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.