Followers

Tuesday, July 20, 2010

Sultan Suruh Rakyat Berubah..Sultan Bila Lagi Ya - Justice For All


Ok semua..jom kita berjimat cermat. Dan jangan gula banyak, kita makan garam je..Sebab Sultan dah bertitah.

Kereta digilap pagi petang, kesihatan diri tidak terjaga

BERUAS 19 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu rakyat melihat kenaikan harga gula baru-baru ini dan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi sebagai titik penghijrahan terhadap amalan pemakanan yang lebih sihat.

Baginda bertitah, pemakanan dan amalan gaya hidup sihat penting kerana ia salah satu daripada komponen negara maju selain dapat mengurangkan perbelanjaan program kesihatan yang semakin meningkat.

"Peningkatan harga gula dan bulan Ramadan, semoga dapat dijadikan titik penghijrahan terhadap amalan pemakanan lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dalam tubuh serta melatih diri untuk makan dan minum secara seimbang, sederhana dan sihat.

"Jika bilangan yang mengalami organ rosak semakin ramai, maka beban tanggungjawab kerajaan dan kakitangan perubatan tentulah akan meningkat," titah baginda merasmikan Klinik Kesihatan Pantai Remis, Manjung di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam titahnya, Raja Nazrin turut menegur mereka yang sanggup bersusah payah memastikan hak milik peribadi seperti kereta terjaga dengan baik tetapi tidak mahu melakukan perkara yang sama terhadap kesihatan diri.

Buat Sultan juga. Apakata baginda berjimat juga. Majlis berprotokol perlu dikurangkan perbelanjaan demi mengelakkan pembaziran wang pembayar cukai. Gaji elaun, amatlah banyak sehingga menecah puluhan ribu. Ini contoh elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.

2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Jadi, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan

2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah

Raja Muda - RM13,000

Raja Puan Muda - RM5,200

Tunku Bendahara - RM4,000

Bini Tunku Bendahara - RM1,250

Tunku Temenggung - RM3,500

Isteri Tunku Temenggung - RM900

Tunku Laksamana - RM3,000

Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan (sumber).

Barulah adil. Sultan perlu tunjuk contoh teladan yang baik. Tengok macam Sultan Umar Abdul Aziz, langsung tidak bermewah-mewah walaupun dia seorang raja. Sultan Salahuddin Al Ayubi, walaupun banyak memerintah negara. Tapi beliau tetap zuhud dan jadikan khemah perang sebagai istana keduanya. Sultan Malaysia? Jomlah ubah gaya hidup.

Ini bukan menderhaka pada Sultan, kerana konsep derhaka hanya ada pada hamba dan Allah serta anak kepada ibu bapa dan isteri pada suami. Ini hanya memberikan pendapat, sekadar menyahut titah Raja Muda Perak untuk mengubah gaya hidup. Rakyat memang sedia berubah, tapi raja dan kerabatnya perlulah berubah sama. Apakata elaun raja diberikan kepada raja miskin. InsyaAllah Sultan Malaysia akan terus beraja di hati rakyat, bukannya dibenci rakyat..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.