Timbalan Ment
“Notis itu antara lain menuntut pampasan bagi reputasi yang tercemar ke atas Felda yang didakwa bankrap oleh Suara Keadilandalam akhbar itu yang bertarikh 22 hingga 29 Jun dengan tajuk 'Felda Bankrap',” katanya.
PKR tak layan
Sementara itu, naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata parti itu tidak akan melayan tuntutan RM200 juta berkenaan dan tidak akan memohon maaf kepada Felda.
"Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita akan jawab di mahkamah," katanya yang juga ahli parlimen Subang, di lobi Parlimen hari ini.
"Kalau mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah kita alu-alukan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ganti rugi Felda terhadap PKR dan Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit serta Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.
"Berhubung perkataan 'bankrap', maksud kita jelas bahawa penyelewengan berlaku sehingga menjejaskan kewangan Felda," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.