Followers

Thursday, July 15, 2010

Speaker terkilan dengan sikap Dr Khir

suk Di sekitar DUN Selangor

Oleh Jamilah Kamarudin

SHAH ALAM: Speaker Dewan Udangan Negeri Selangor (DUN) Teng Chang Khim terkilan dengan sikap yang ditunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (ADUN Sungai Panjang) dalam hujahnya kerana menolak usul pelantikan ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Negeri.

Beliau berkata, hujah yang disuarakan Khir dalam Dewan itu tidak benar kerana perkara itu sudah pun dibincang dan dimaklumkan kepada pembangkang melalui Khir sebagai ketua sejak tiga minggu lalu, dan bukannya membuat usul tanpa pengetahuan mereka.

Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata, melalui pertemuannya dengan Khir juga, perkara itu telah dipersetujui kedua-dua pihak.

"Saya terkilan dengan tindakan Ketua dan ADUN pembangkang. Sebenarnya saya telah pun menjemput beliau untuk berbincang perkara ini tiga minggu yang lalu.

"Beliau datang ke pejabat saya berunding dan bersetuju mengatakan ini adalah untuk kebaikan perjalanan Dewan dan untuk ketelusan pentadbiran dalam dan ‘check and balance’..beliau juga tidak pernah membangkitkan mengenai jumlah pembangkang dalam jawatankuasa.

"Atas sebab itu Exco dan kerajaan negeri setuju lantik Shamsudin…kemudian agenda itu dimasukkan ke dalam peraturan mesyuarat pada Isnin lalu.

"Kalau tak setuju, beritahu awal-awal kerana notis telah pun diberikan dalam aturan mesyuarat sejak Isnin lalu," katanya kepada pemberita di luar Dewan.

Teng juga tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Khir itu merupakan salah satu daripada dakyah Barisa Nasional untuk mempolitikkan perkara ini.

Fahaman sempit politik BN

"Tak mungkin mereka tak tahu usul ini akan dibawa. Ini adalah perubahan saat terakhir di mana mereka ingin politikkan perkara ini. Tapi saya membayangkan betapa sempitnya fahaman politik mereka.

"Alasan ketua pembangkang yang mahu memenuhi jawatan itu jika anggota pembangkang itu melebihi daripada anggota penyokong, saya rasa itu bukan alasan yang baik petang tadi.

"Sepanjang BN memerintah Selangor selama 50 tahun pun tak pernah berbuat demikian, sekarang tiba-tiba mahu," katanya.

Teng turut mempertahankan nisbah pelantikan jawatankuasa itu adalah mengikut Perkara 72(1) Peraturan Tetap Negeri Selangor.

"Nisbah anggota pembangkang dalam mana-mana jawatankuasa adalah mengikut nisbah keanggotaan dalam Dewan Negeri. Mereka ada 1/3. Daripada tujuh mereka dapat dua, itu yang paling hampir. Amalan ini dipraktikkan bukan dalam Parlimen sahaja malah dalam negara lain.

"Jadi sekarang usul ini sudah diluluskan dari sudut Dewan, usul ini diluluskan sehingga terdapat usul untuk meminda atau dibuat perubahan.

"Jika pengerusi tidak mahu menjalankan tugasnya, sesiapa pun dikalangan ahli boleh dilantik bagi mempengerusikan sesuatu mesyuarat," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.